Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEMINAR BULANAN ETNOMATEMATIK RUMPUN MELAYU SIRI 3/2009

SEMINAR BULANAN ETNOMATEMATIK RUMPUN MELAYU SIRI 3/2009

PENGENALAN

Etnomatematik ialah matematik yang mengambil kira budaya di mana matematik itu berkembang. Menurut Maria (1999), etnomatematik merupakan kaedah untuk menjelaskan atau memikirkan matematik dalam budaya dan mikro budaya di mana ahli-ahlinya berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan komunikasi biasa. Manakala Shaharir (2002) pula mendefinisikan etnomatematik Melayu sebagai matematik tinggalan tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibaca dalam bahasa Melayu dan mengikut nilai Melayu. Untuk menjelaskan pula tafsiran matematik Melayu pula, kupasanĀ  oleh Shaharir (2001) lebih menyeluruh;

Matematik yang mengikut persepsi rumpun Melayu, termasuklah matematik yang diubahsuai kegunaan, konsep dan teorinya mengikut budaya Melayu yang luas, termasuk cara hidup, nilai, kepercayaan, ideologi, agama dan sebagainya …

Justeru, terdapat banyak khazanah ilmu Melayu yang perlu diterokai dan dipersembahkan kepada khalayak. Sehubungan dengan ituĀ  Kumpulan Penyelidikan Etnomatematik Rumpun Melayu (KuPELEMA) yang bernaung di bawah Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM dengan kerjasama ASASI akan meneruskan Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu Siri 3/2009, sebagaimana berikut;

Masa : 8:30 pagi-5:00 petang
Tarikh : 18 November 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM
Sasaran : Mahasiswa, Tutor, Pensyarah, Penyelidik dan mereka yang berminat

Untuk mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan menerusi borang di bawah.
Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini bolehlah menghubungi Pn. Nur Sumirah Mohd Dom

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *