Kemaskini terbaru: July 6, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Ahli Muda ASASI 2009 Kali Ke-2

Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) telah menganjurkan lebih daripada 10 seminar di pelbagai tempat termasuk di luar Lembah Klang. Penganjuran ini telah mendapat perhatian masyarakat di Malaysia dan antara objektif penganjuran adalah seperti berikut;
– menyentuh hal permasalahan masyarakat
– platform kepada penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan yang berkaitan Islam dan budaya Melayu

Justeru bagi mencambahkan lagi budaya penyelidikan di kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda,

Selepas penganjuran kali pertama pada 10-11 Oktober yang lepas, Seminar Intelek Muda ASASI ini telah mendapat sambutan dan atas permintaan yang tinggi ASASI sekali lagi akan menganjurkan Seminar Intelek Muda ASASI Kali Ke-2. Seminar ini adalah terbuka kepada semua dan para ahli muda ASASI terutamanya berusia di bawah 40 tahun adalah dimohon hadir. Penyertaan juga dibuka kepada mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai ASASI dan mendaftar sebagai
ahli ASASI.

Tarikh : 13 hingga 14 November 2009 (Jumaat-Sabtu)
Tempat : Perpustakaan Daerah Hulu Langat (BerhadapanKompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat)
Yuran Penyertaan : RM20.00

Pembentang

(13 Nov 09) 10.00-12.00
Hariszuan-Tradisi Keintelektualan Di Malaysia
Rizal-Budaya Politik Neo-Feudal: Impaknya Ke Atas Corak Pengundian Kaum Melayu Dalam Pilihanraya
Safwan-Memanifestasikan Guru Sebagai Agen Perubahan Sosial
Firdaus-Islam, Politik & Pembentukan Masyarakat Bertamadun

(13 Nov 09) 3.00-5.00
Kamarul-Pendidikan Senibina Kepada Masyarakat: Tanggungjawab Siapa?
Isrin-Kelestarian Pembangunan Infrastruktur, Apakah Pertimbangan Jurutera Islam Dalam Merealisasikannya?
Nangkula-Demokrasi & Pendidikan Senibina Di Malaysia: Satu Interprestasi Dari Sudut Pandangan Senibina Organic Frank Lloyd Wright
Amin-Pengurusan Taman Rekreasi di Malaysia

(14 Nov 09) 10.30-12.30
Yunus-Bioinfrastruktur & Prospek TMK dalam Bidang Penyelidikan Berkaitan Biologi
Fazril-Dampak Teknologi Maklumat & Komunikasi Terhadap Sosio-budaya Masyarakat: Perbentukan Nilai
Roslan-Status Kualiti Air Luahan dari Kawasan Perindustrian: Kes Taman Selesa Jaya, Balakong.

(14 Nov 09) 2.30-4.30
Hafezi-Ilmu Pidato: Kita setuju dengan kekeliruannya?
Ariff Mohamad-Bahasa & Pemikiran Kritis Golongan Muda
Afif-Teori Penggunaan: Pengenalan Ringkas
Ali Atan-Dari Sufistik Hamzah Fansuri, Kepunjanggan Raja Ali Haji, Kewartawanan Abdulllah Musyi Sehingga Kerevolusineran Al-Hadi: Pembangunan Pemikiran & Stilistik.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *