Kemaskini terbaru: April 25, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuliah 1 Kritikan TE-TQ : Asal-usul TE, Mitos dan Kenyataannya: Sambutan Barat

Kuliah 1 Kritikan TE-TQ : Asal-usul TE, Mitos dan Kenyataannya: Sambutan Barat

Sabtu, 16 April 2011/13 J’awwal 1432, 10pg-1tgh di UKM.

Pelantar penulisan ilmu spt TE-TQ ini sabagai pra-mula pengIslaman Ilmu atau prapengislaman ilmu.

Penerapan epistemologi Islam: Ilmu mesti sarat nilai Islam, Ilmu = Iman (Rosenthal 1970/1995), ilmu yang menafikan persamaan ini bukan “ilmu”, cuma pengetahuan sahaja; Jenis ilmu: ilmu wahyu (ayaht yang jelas maksudnya dan hadith mutawattir; orang anti-hadith mengatakan tiada hadith ini), Ilmu aqal (rasio, intelek, minda, “kaedah sains” Shaharir 2010a) dan ilmu waqal (wahyu+ aqal, ayaht mutasyabihaht seperti ayaht kauniyaht ada sekitar seribu ayaht (buku baru oleh Agus Purwonto 2011 kata ada 808 ayaht), hadith tidak bertaraf mutawattir, pengIslaman ilmu = pengetahuan asing + “penyaringan Islam” ) .

“Penyaringan Islam”:

Nasr (1960-an) : doktrin kosmologi Islam;

al-Attas (1979): ilmu pengetahuan kontemporer sarat dengan sekularisme dan kami tambah pelbagai –isme Barat dan Timur yang lain;

al-Faruqi (1982): mengkritik ilmu kontemporer vis-à-vis ilmu dalam Tamadun Islam dan kita tambah ilmu dalam tamadun kita sendiri (Pascabima) yang melahirkan pempribumian ilmu dan pengetnoilmuan Melayu Shaharir (1995, 1997, 2000b, 2002, 2003) yang berbeza dengan konsep endigenization dan etnoscience Barat (tradisi awal abad ke-20 dan D’Ambrosio 1980-an yg disorot oleh Shaharir 2010b).

Keinsafan epistemologi Barat kontemporer yang perlu disingkirkan: metosnya bebas nilai kerana kononnya kaedah (kaedah sains yang berasaskan cerapan/pancaindera/empirikisme) yang bebas nilai; sejak 1960-an juga sarat nilai:

Spengeler 1918-1922/1926-1928 & White 1947 (nombor, nilai budaya setempat),

Kuhn 1962 (fizik; nilai komuniti ahli sains tak normal berkenaan),

Beberapa org sarjana sosiologi ilmu pengetahuan 1970-an seperti Duheim, Bloor dan Merton yg disintesis dengan pandangan Popper dan Kuhn oleh Mulkay 1979 (nilai komuniti yang dikaji, nilai komuniti ilmuwan dan kuasawan),

Wilder 1981 (matematik yang lebih luas; nilai matematikawan berkenaan)].

Lakatos (1970, atur cara penyelidikan)

Feyerabend (1975, kaedah tentangan) , dan mutakahirnya

Brown (2009) sarat nilainya sains dan matematik (sebagai binaan sosial drp perspektif pascamodenisma.

Bukti sarat nilainya Fizik Teori: Fizikawan teori Barat > 90% ateis ?

Survei Ilmuwan Muslim moden sekular?

Hierarki ilmu Barat: Sains matematik ilmu tertinggi dan agama/metafizik tidak diiktiraf sains (tidak lulus teori Popper 1930-an/1950-an?: kerterpalsuan).

Latar belakang atau biografi ilmuwan/sarjana berperanan penting bagi penzahiran teori epistemologi yang dihuraikan di atas.

Cabaran!

Bagaimana dengan kesemestaan (bebas nilainya) pencerapan dan fakta

1 + 1 =2 dan 2 x 5 = 5 x 2 =10?

Setiap ilmuwan Muslim perlu dapat meyakinkan dirinya bahawa dia dapat lepas daripada jerat persoalan ini.

Buku Kritikan TKnE & TQ (lebih ringkas lagi TE-TQ) digarap di atas palantar yang dihurai di atas.

Keperluan biografi seseorang sarjana berkenaan, khasnya Einstein: bermukah dan tidak dapat mengurus rumah-tangga dengan baik, suka berbahas kecendekiawanan/keakademiaan, murtad, membentuk “agama kosmiks” (semacam panteisme), tidak suka menyebut-hormat (menyatakan rujukan) ilmuwan lain dalam karyanya sehingga seolah-olah karyanya semuanya baru, walaupun dia pandai dan suka meminta pertolongan orang dalam kerja akademianya dari masa ke masa, membiarkan orang menggunakan namanya demi kepentingan dirinya?, amanis/pasifis?, dan bukan Zionis?.

ILHAM karya TE (berstatus seperti cereta Newton dan epal):

TKnK : Ujikaji gedanken ketika beliau berumur 16 tahun lagi

TKnA: Ujikaji gedanken ketika berumur 28 tahun beliau menaiki lif

Tiada bukti karyanya berasaskan falasafah masa dan ruang Hegel atau lain-lain sebelumnya/sezamannya

Penulis sejarah TE berpendapat tidak masuk akal Einstein tidak tahu perkara-perkara yang berhubung dengan karyanya yang berikut:

P1. TNewton (1687) Lwn TMaxwell (1874):

HN : m[du/dt] = D; nilai halaju u boleh apa saja nombor nyata hingga menuju ketaktepermanaian (tak terhingga/berhingga, tak terkira, tak terhitung, tak terhisab);

HM: TtE = c Keik(B) – a J, TtB = -c Keik(E) – , Kecap(E) = b , Kecap(B)=0 ,

c = laju cahaya dlm vakuo = 300 ribu km/s, a & b pemalar ; Tt =terbitan terhadap t

P1.1. Newton boleh berhalaju hingga kepada ketaktepermanaian sedangkan Maxwell halaju cahaya dalam vakuo itu batas segala kelajuan;

P1.2. keobjektifan/kenyataan hukum Newton ialah ketakvaraianan/keinvarianan terhadap pencerap/{kerangka rujukan}/penjelmaan Galiieoan/inersia :

x à x + a , t à t + s, ;

x àx – v t (yg juga mengimplikasikan hukum penambahan halaju sah berlaku). Istilah Galileon itu terbit drp ujikaji gedanken Galileo melepas bebas peluru mariam daripada puncak tiang layar)

Hukum Maxwell tak berkenyataan (tidak takvarian/invarian) terhadap pencerapan Galileoan. Hukum penambahan vektor tidak berlaku!

Khususnya laju cahaya (300 ribu km/s) malar seperti laju bunyi/suara (11 ribu km/s). Ini menambahkan kepercayaan adanya akasa/al-athir/eter yang menjadi medium cahaya sama seperti udara menjadi medium suara/bunyi.

TNewton (1687) Salah ATAU TMaxwell (1874) salah?

Ramai juga yang cuba membaiki TMaxwell (Boork A 1965, “Physics just before Einstein”. Science 152: 597-603

P2.Ujikaji Michelson-Morley 1887: membuktikan wujudnya akasa tetapi berakhir dengan kesimpulan negatif; cahaya malar seperti yang tersirat di dalam TMaxwell itu. (Einstein menyatakan, memang rakan seakademianya, terhutangnya dia kpd Michelson di dalam belasangkawanya kpd Michelson 1931)

P3. Karya FitzGerald 1889 dan Korentz 1892 : menyelesaikan isu pertembungan TNewton dengan TMaxwell. Beroleh rumus pengerutan panjang dan mempertahankan akasa

P4. Karya Poincare 1898 dan 1904 : menyelesai pertembungan TNewton Lwn TMaxwell tetapi berakhir dengan pengesyoran semua konsep/aksiom asas TE

Mitos TKnEK:

M1. E=mc2 , persamaan Einstein terutamanya selepas “berjayanya bom atom” menerusi media massa (dah diketahui puluhan tahun sebelum beliau, tersirat di dalam TMaxwell; terbitan beliau pun dibuktikan salah oleh Planck dan diperbetulkan oleh Planck). Malah seorang ahli fizik agak masyhur juga bernama Stark mencanangkan rumus ini ialah rumus Planck. Dia menjadi musuh Einstein sepanjang hayatnya. Nama-nama yang dikatakan pernah menerbitkan rumus ini sebelum Einstein ialah Thomson, Poincare, Hasenorhl, De Pretto , … (Shaharir 2004: 147; Brown 2011). 1935 Einsrtein sendiri mengaku rumus ini karya Lorentz (Shaharir 2004: 183)

M2. Rumus pemendekan panjang (memang rasminya pun nama org lain), pelambatan masa (dkedua-dua rumus ini dah dibuktikan oleh Lorentz, FitzGerald dan Poincare lebih awal daripada Einstein dalam usaha mereka menyelesaiakn masalah pertentangan TNewton dengan TMaxwell itu).

M3. TKnEK (mana Mileva, Minkowski, Lorentz, Poincare? ; Einstein pentafsir teori Lorentz-Poincare; Hadiah Nobel 1912 pernah disyorkan supaya dianugerah kpd Lorentz dan Einstein; buku-buku kenisbian sehingga 1950-an atas nama Lorentz, Poincare dan Einstein; ada buku antologi makalah tentang TKn 1952 dicatatkan nama pengarang sebuah makalah bersama mengikut tertib Lorentz, Einstein, Weyl dan Minkowski (Tiada Poincare!?). Einstein 1953 menyeru komuniti sains mengiktiraf Lorentz dan Poincare sebagai penyumbang TKnK. Tahun 1953 jugalah Max Born memberitahu Einstein bahawa buku Whittaker , “A History of of the Theories of Aether and Electricity” maru terbit yang menyatakan TKn ialah karya Lorentz dan Poincare dan hanaya menyebut Einstein menerbitkan makalah 1905- nya sebagai pernjelasan karya mereka ini sahaja tetapi berjaya “menarik perhatain ramai” ; bahkan tentang TKnEA itu pun Whittaker menyatakan Planck dan Bateman yang memberi keliahan dalam yang asasi. Einstein jawab lebih kurang begini, “cakaplah apa dia cakap, itu hak dia. Saya tak marah kpd dia dan tentunya kpd sdr juga (maksuydnya Born, kawan lamanya itu) kerana saya tak akan membacanya.” (Brown 2011)

M4. Projek Manhattan/buat bom atom kerana E=mc2. Einstein sendiri berkata: “Sekilas pandang pun nampak kebodohannya jelas sekali”, dan membandingkannya dengan “menembak burung dalam gelap. (Crease 2009: 173). Lagi sekali medium massa yg bertanggungjawab.

M5. Tiadanya akasa dan malarnya cahaya terbukti kukuh oleh Ujikaji Michelson : Dipersoalkan oleh Miller 1930 dan beberapa orang lagi selepasnya (Shaharir 2004: 163-165); TKnA sendiri membuktikan keruntuhan ujikaji ini.

Mitos TKnEA:

M1: Nama Einstein sahaja yg melekat (mana Grossmann dan Hilbert?): ada makalah Grossmann dan Einstein 1913 “Garis Kasar Kenisbian Am/Outline General Relativity”); Hilbert menghantar teori kenisbian am 5 hari lebih awal daripada Einstein (20 Nov 1915) kpd jurnal yang berasingan tetapi makalah Einstein terbit beberapa bulan lebih lebih awal (Awal 1916; Makalah Hilbert terbit Mac 1916). Mereka berdua memang saling menghubungi dengan hebatnya sepanjang Summer 1915. Namun Hilbert sendiri pun merujuk TKn sebagai teori Einstein kerana Hilbert (salah perhitungan?) berhenti memberi sumbangan kpd teori tersebut selepas 1916 itu. Mulanya mereka berdua memang tegang perhubungannya tetapi akhirnya berbaik-sangka sahaja. (Brown 2011)

M2. Einstein selalu dipetik sebagai mengaku kepentingan beragama Samawi, “sains tanpa agama tempang”. Sebenarnya beliau beragama kosmik ciptaannya sendiri!

M3. Teori Einstein sudah terbukti sepenuhnya. Ada 3 ujian yang diingini oleh Einstein untuk membuktikan keesahan teorinya sejak 1916:

M3.1. Anjakan merah: Garis spektrum cahaya yg sampai kpd kita drp permukaan bintang-bintang yg besar mestilah nampaknya tersesar ke arah penghujung merah drp spektrum cahaya. Ini sebenarnya kelambatan masa disebabkan oleh kehadiran jirim yang cukup melengkungkan ruang-masa (secara berbahasa Newton, kehadiran “graviti” yang kuat)

M3.2. Cahaya membengkok: sinar cahaya melintasi Matahari terpesong sebanyak 1.7 saat lengkok; dan melintasi planet Brahaspati/Guru/Musytari/Yupiter/Jupiter terpesong sekitar 0.02 saat lengkok.

M3.3. Anjakan auja/perihelion: Orbit planet mengelilingi Matahari tidak lagi elips tetapi meliuk, khususnya bagi Wudha/Utarid/Merkurius berlaku anjakan daripada elips sebanyak 43 saat lengkok per abad/kurun

Kononnya ketiga-tiga ini terbukti pada 1919 apabila Eddington membuat persidangan akhbar terbentang berjayanya M3.2 (dan diterbitkan tanpa wasit) yang memang disangsikan pada ketika itu pun lagi dan diserlahkan lagi “penipuan” itu dan lain-lain lagi oleh ramai sarjana selepas itu termasuk dalam abad ini oleh McCausland (2003) (Lihat Shaharir 2004: 229-231)

Bukti M3.1 baru kononnya dipersaksikan oleh getaran atom hidrogen di “Kenit Putih” dan “Bintang Neutron” lebih perlahan drp di bumi belumlah kami peroleh kritikannya (Musser 2008). Bukti yang seanalog dengan menggunakan TKnKE yang lebih awal daripada ini (menggunakan separuh-hayat zarah meson 1920-an dan mudanya angkasawan pertama ke bulan 1971 dahulu) memang dipertikaikan (Shaharir 2004: 132)

Bukti M3.3. menerusi model alam semesta Einstein 1915 walaupun yang muncul di dalam buku-buku teks ialah model alam semesta Swartzchild 1916 (Shaharir 2004: 217-228) kerana model Einstein itu kurang meyakinkan. Apapun bukti M3.3 ini dikritik di dalam rujukan yang disebut di atas.

Kenyataan/Fakta (Fakta dipengaruhi Teori):

K1. Bukti sah berlakunya E=mc2 pada 1932 (Cockroft dan Walton) menerusi pemecut zarah dengan menghentam nukleus litium dengan proton menjadi dua nuleus Helium sambil menyukat jisim dan tenaga sebelum dan selepas hentaman ini dan mendapati perbezaan jisim dan penambahan tenaga lebih kurang sama dengan rumus Einstein itu (Crease 2009).

K2. Rumus susutan panjang, ruang mengerut/menguncup; lagi cepat seseorang bergerak lagi kecil/leper ia!

K3. Rumus kelambatan masa terbukti dengan sampainya zarah muon (berhayat 1/(1.5 juta) saat berkelajuan 99.92% laju cahaya tercipta di angkasa setinggi sekitar 13 kilometer) ke permukaan bumi. [Namun tiadalah nilai kuantitatifnya yang ditunjukkan serasi dng rumus berkenaan (Lihat M3 di atas). Yang boleh ditegaskan hanya lagi cepat bergerak lagi lambat tua! Paradoks kembar].

K4. Tiada benda yg dapat bergerak lebih pantas drp cahaya (aksiom dan terbukti lagi drp rumus-rumus di dalm TE yang sentiasa ada faktor 1/[(1-(u/c)2]1/2 ).

K5. Kemalaran cahaya menyebabkan keserentakan peristiwa tidak berlaku. Akibat yang lain lagi ialah sementara kekuncupan ruang dan kelambatan masa berlaku maka ruang dan masa boleh saling bertukar mengikut pencerap, iaitu ruang dan masa seperti sifat bagi satu benda lain sahaja, iaitu “ruang-masa” (seperti koin/skeleng dengan ujung (bedil, bunga) dan pangkalnya (tokong) sahaja; seperti panjang dan tebal bagi sebatang kayu). Bagaimana bulan (atau objek lebih jauh lagi) sekarang? Tak mungkin dapat di jawab kerana masa ke bulan 1.25 saat cahaya! Jadi “lani” pun tak wujud?

K6. Penentuan alam semesta sebagai manifold-4 (masa-ruang/ruang-masa) Riemannian (ruang/permukaan melengkung) menjadi kesenian sesuai dengan kehendak jiwa, kepercayaan, pandangan hidup,.. doktrin kosmologi seseorang,… dan terturun kepada kesenian menentukan metrik gij atas manifold itu sehinggan jarak antara dua titik yang perbezaan koordinatnya dxi ialah ds = gij dxidxj (tatatanda Einstein), (gij) simetri dan pepenjuru. Metrik ini menentukan orbit sesebuah jasad di samawi yang diminati dengan mengoptimumkan kamiran ds. Metrik yang pertama dirayakan ialah yang dicipta oleh Einstein 1916 yang memberikan orbit planet Utarid yang serasi dengan cerapan itu. Namun di dalam buku-buku teks, sentiasa dipaparkan metrik Schwarzchild. Puluhan metric diutarakan untuk memuaskan cita-rasa dan pandangan alam seseorang penegemukanya. (Shaharir 2000 dan 2002)

K7. Persamaan Medan Einstein (bukannya persamaan Einstein),

Rij– (1/2)gij R + λ gij = a Tij ,

Rij = tensor Rici (dalam sebutan terbitan kedua metrik gij),

gij =metrik Riemannan raung-masa,

R= kelengkungan Riemann,

λ = pemalar kosmologi (Einstein),

Tij = tensor tegasan-tenaga segala jirim dan tenaga yang ada di alam semesta,

a=8πG/c4 , G= pemalar gravity Newton,

c = laju cahaya

Ciri geometri ruang-masa = Ciri jirim =taburan tenaga dan momentum

Wheleer baca (kiri ke kanan): Ruang-masa menyatakan jisim bagaimana bergerak; atau dari kanan ke kiri: jisim menyatakan ruang-masa bagaimana berlengkung

Pemalar kosmologi dimasukkan oleh Einstein kerana beliau percaya alam semesta ini statik. Beliau membuangnya (atau menganggapnya kosong) setelah bersetuju dengan tafsiran cerapa Hubble 1929/36? bahawa alam semesta ini mengembang dan mengeluarkan kata-katanya yang masyhur “Itulah kesilapan saya yang terbesar yang pernah saya lakukan”. Namun dalam alaf ini pemalar itu dihidupkan balik untuk tujuan lain lagi (Turner M.S. 2002, “Making sense of the new Cosmology”, Int. J. Mod. Phys. A17S1:180-192; bahagian ruang alam semesta mendatar,; memecut; 1/3 jirim, selebihnya bentuk tenaga baru (jirim gelap); bagi menjelaskan adanya tenaga vakum).

K8. Masa tidak wujud seperti yang biasa dirasai/dialami (dibiasakan oleh teori Newton dan falsafah Kant?). Tiada lagi telah, lani dan kelak. [Cuba lakar paksi masa dengan satu paksi ruang untuk membuktikan ini! ]. Tiadalah prinsip sebab-musabab (Lukis kon bak-masa bergerak pada lintasan tertutup dalam rantau bak masa, Penrose 2004: 409).

K9. Tiada konsep graviti. Bukan kerana hukum kesertaraan pecutan dan gravity itu tetapi bayangkan alam semesta ini seperti permukaan bentangan trampolin, jaringan tadahan para akrobat sarkas, bentangan bahan yang memeri/terlendutkan dan letakkan beberapa jisim yang agak berat di atasnya. Lepaskan sesuatu objek di atasnya dan lihat pergerakannya. Gambaran yg menarik tetapi meresahkani ialah ruang-maa itu sebagai khemah yang tiangnya mewakili jirim. Jika sebatang tiangnya dicabut umpamanya maka bentuk khemah itu boleh membentuk apa sahaja rupanya semacam kejadian rawak (tiada hukum berketentuan yang boleh mengarah kejadiannya), seperti kubah, gaung berbirai tinggi,…. dan ini pernah menghantui Einstein sendiri dan terkenal sebagai “hujah lubang”/”hole arguments” (Musser 2008: Part 3).

K10. Tiada konsep masa biasa ini, gantinya boleh bermacam-macam seperti kelengkungan manifold alam semesta itu dan unsur panjang atas manifold itu. Masa sekarang: telah, lani dan kelak sudah tiada maknanya lagi!

K11. Tiada lagi Tindakan Sesaujana (unsur metafizik dalam Teori Newton).

Spekulasi liar tetapi menyeronokkan:

S1. Ada zarah yang bergerak lebih pantas drp cahaya diberi nama takhiyon/tachiyon 1967: masa mengundur bagi zarah ini. Jisim khayal m = m0 (1-(u/c)2)1/2. Muncul paradoks “mesin masa” , “ membunuh atok” (tukar zarah dalam badan kita kepada takhiyon dan balik ke zarah biasa) : guna rumus kelambatan masa.

S2. Kewujudan rantau di alam semesta yang jarak tidak tertakrif (drp metrik Schwarzchild, Shaharir 2004), “graviti” cukup kuat (kelengkungan yang amat sangat), oleh itu masa hampir tidak bergerak, cahaya hampir berpusing balik sehingga gelap gelamaknya ia, seperti telaga dalam tak berdasar sehingga sesuatu jirim jatuh ke dalamnya akan hilang lesap,…. Rantau ini dinamai Wheleer 1965 sebagai Lubang Gelap-Gelemak/ Black Hole. Jika seseorang di pinggir Lubang ini, maka dia dapat lihat belakang kepalanya kerana bengkoknya cahaya di situ dari belakang lubang itu, dan dap[at melihat seluruh kelak alam semesta melalui mata dia seperti gambar di pita yang berpusing pantas ke hadapan. Jika seseorg berada jauh drp Lubang Gelap-Gelemak dan ada rakannya bersiar di pinggir lubang itu. Kerana perbezaan masa yg ketara, maka jika dia berada di situ dari Isnin ke Jumaat, rakannya mungkin sekali berada di tempatnya itu hanya dari Isnin ke Selasa. Ini bermakna jika ia dapat berikhtiar menghantar roh-nya ke tempat rakannya itu, maka dia dapat lalu balik dari Jumaat ke selasa! Dapat menaiki “mesin masa”. Ini boleh berlaku jika ada “Lubang Cacing” dari tempat dia ke tempat rakannya itu. Einstein dan Hawking tidak percaya ini boleh berlaku bahkan Hawking mahu memperbaiki TE supaya keadaan ini mustahil berlaku. (Chown 2006; Musser 2008, sudis: 126-127)

S3. Alam semesta Friedmann 1922 dan Robertson-Walker 1935 lalu muncul alam semesta FRW/FLRW, L=Lametre (mengInggeriskan sahaja): Adanya manifold ruang-masa (yang bahagian ruangnya isotropi dan homogen) yang jarak di atasnya menuding ke arah alam semesta mengembang, dan mengembang dengan pantasnya pada awalnya, (Shaharir 2000: 167; internet: Friedmann metric):

(ds)2 = a(t) 2 (dw)2 –(dt)2

dw2 ialah jarak/metrik tiga dimensi bagi ruang mendatar, sfera berkelengkungan malar, atau ruang hiperbolik berkelengkungan negatif, a(t) ialah faktor skala yang boleh ditentukan oleh persamaan yang terbit drp pemasukan gij darp (jk)2 ini ke dalam persamaan medan Einstein itu.

Didapati a’/a , (’ = terbitan), boleh ditafsirkan sebagai kadar perkembangan alam semesta ini.

Lihat Metrik Friedman-Walker ada dlm buku Shaharir (2004: 167)

Kelemahannya sebagai sains Barat: Lihat buku “Kritikan…” pipi 58.

Sambutan Barat:

SB1. Ateis dan Komunis seperti ,

Sellers (1946, 1956) dan Steigerwald (2003) – lihat rujukannya dlm Shaharir 2004:

234

SB2. Teis: Whitehead (1907, 1950) yg menentang kebendaanisme dlm sains, Institute of Creation 1970 dan Intelligent Design (ID)/Reka Bentuk Pintar (RBP) 1980-an yang menumpu kpd serangan kpd falsafah Naturalism/Tabiisme dlm sains dan teori Deguman Besar (DB)/ Big Bang (BB)– perincian di bawah nanti. (Shaharir 2011: 61-65)

SB3. Apeduli agama, sekularis dsbnya:

SB3.1. Dicke Brans 1960-an yang diperbaiki terutamanya oleh Fuji & Maida 2003,

SB3.2.. Serangkai sarjana Jerman Hehl drk 1976: Teori Tolok Poincare namanya, dan

dikembang oleh ramai sarjana Jepun sehingga kini, di samping Rusia,

SB3.3. Logunov drk 1980-an : Teori Kenisbian Kegaravitian,

SB3.4. Milgrom 1983: Teori Dinamik Newtonan Ubahsuai, DiNUS, atau MOND .

SB3.5. Yilmaz 1985,

SB3.6. Brown 1988 : Teori Teleselari namanya yang dikembang lagi oleh terutamanya

Kawai 1993 dll. selepasnya,

SB3.7. Mannheim 2001 : Teori Graviti Konformal,

SB3.8 Arminjon, Feist dan Gooris (awal alaf ini) : Teori Akasa

Segala rujukan karya sarjana ini sehingga 2003 ada di dalam Shaharir (2004: 236-241).

Whitehead: Mahu mamatahkan materialisme dan sekularisme di dalam sains khasnya di dalam TE itu dan mahu menegakkan kerohanian/metafizik/agama Kristiannya. Ini satu contoh pengKristianan ilmu yang hebat yang boleh menjadi pengajaran kepada kegiatan pengIslamn ilmu juga. Memperkenalkan falsafah baru yang diberi nama organikisme.

Beliau mengkritik TE vis-à-vis materialisme kerana katanya Einstein (sedar atau tidak) menghayati falsafah Aristoteles yang dianggapnya menjadi landasan semua materialisme, iaitu being/makhluk (dalam terjemahan ke Inggeris karya falsafah Islam, kawn diterjemah sebagai being; terjemahan lain terhadap being ialah “ada”) dahulu dan kemudian baru becoming/ menjadi. Ini bermakna bermula dengan kebendaan kemudian apa-apa yang lain termasuk kerohanian itu. Whitehead menterbalikkan tertib ini lalu beliau mengasaskan teori kenisbiannya bagi menggantikan TE (yang bermula dengan seperti kebendaan, geometri, dan metrik/jarak itu) berasaskan falsafah barunya itu yang menumpukan kepada proses bukannya bahan/substance. Proses (proses menjadi/becoming) dianggap juzuk metafizik asasi, iaitu yang diistilahkannya sebagai sempenaan aktual/actual occasion . Juga kebalikan Kant: subjek muncul darp dunia/alam (bukannya alam muncul drp subjek). Beliau mengiktiraf bahawa alam ini organik bukannya kebendaan. Sebagai ganti kebendaanisme, beliau beroperasi dengan “organikisme” bukannya bahan, “peristiwa/event bukannya parameter ruang dan masa.

Untuk itu beliau terpaksa mentakrifkan semula tentang gerakan/motion, diam/rest dan masa/time. Beliau percaya bahawa berhubung dengan gerakan masa itu mestilah mengiktiraf sifat manusia yang menyedari akan adanya/hadirnya lani (kini, sekarang) bukannya kelak atau telah (sesuai dng falsafahnya). Oleh itu formulasi Einstein yang bermula dengan penumpuan kepada keserentakan yang bergantung pada transmisi cahaya akibat kebersebaban, maka hanya pengetahuan yang lepas sahajalah yang dititikberatkan, bukannya alam kontemporer. Oleh itu tiadalah kenyataan objektifnya kerana dengan ini rantau kontemporer hanya diketahui dlm sebutan unjuran alam telah.

Untuk mendapat rumus-rumus yang diperlukan beliau menggunakan kuantiti kerohanian: impetus dan prinsip tindakan terkecil (Lihat Whitehead Relativity di internet) .

Rujukan

al-Faruqi I.R. 1982. Islamizatin of Knowledge: The Problem, Principles and the Workplan: A Follow-up Report on Seminar on ‘Islamization of Knowledge’. National Hijra Centenary Committee of Pakistan yang juga diterbitkan oleh IIIT, Washington 1982. Diterjemah kpd Melayu Malaysia 1991, “Pengislaman Ilmu” terbitan DBP.

Al-Attas S. M.N. 1979. Islam and Secularism. ABIM. Diterjemah 1981 ke dlm Melayu Indonesia, “Islam dan Sekularisme” yg diterbitkan oleh Pustaka, Bandung. Snt ke-2 Inggeris 1993 diterbitkan oleh ISTAC, UIAM.

Barrow J.D. 2007. New Theories of Everything. OUP

Brown K. 2011. Reflection on Relativity. Buku yg juga disiarkan di dlm internet

Brown R.C. 2009. Are Science and Mathematics Socially Constructed? A Mathematician Encounters Postmodern Interpretations of Science. WSc.

Chown M. 2006. Quantum Theory Cannot Hurt You. A Guide to Universe. Faber & Faber

Crease R.P. 2009. A Brief Guide to The Greatest Equations. The Hunt for Cosmic Beauty in Numbers. Norton & Co.

Feyerabend P. 1975. Against Method: Outline of an Anarchastic Theory of Knowledge. Humanities Press. Snt pertama 1970 muncul di dalam Radner M & Winokur (Snt.), Analysies of Theories and Methods of Physics and Psychology, Minneapolis: Univ. of Minnesota Press

Kuhn T. 1962. The Structure of Scientific Revolutionns. The Univ. of Chicago Press. Snt ke-2 1970 diterj. Kpd Melayu Malaysia 1992,”Struktur Revolusi sains” terbitan DBP

Lakatos I. 1970. Falsification and the Methodology of Scientific Research Programmes, di dlm Lakatos I. & Musgrave A. 1970 (Pnyut.), Criticism and The Growth of Knowledge, the Proceedings of the International Colloquium in the Philosophy of Science, London 1965. Suntingan 1984 makalah ini diterjemah ke dalam Melayu Malaysia “Pemalsuan dan Tatakaedah Atur cara Penyelidikan Sains” diterbitkan oleh DBP

Mulkay M.J. 1979. Science and the Sociology of Scientific Knowledge.Allen & Unwin. Diterjemah kepada Melayu Malaysia 1992 “Sains dan Sosiologi Ilmu Pengetahuan” yang diterbitkan oleh DBP.

Musser G. 2008. The Complete Ediot’s Guide to String Theory. Alpha

Nasr S.H. 1964. An Introduction to Islamic Cosmological Sciences. Ada Rev Ed. 1993 terbitan Albany State Univ. of N.York. Suntingan 1980-an diterjemah kpd Melayu Malaysia 1992, “Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam” terbitan DBP.

———–. 1968. Science and Civilisation in Islam, Harvard Univ. Press; 2nd ed. 1987, Cambridge, UK: Islamic Texts Soc. Diterjemah ked lm Melayu Indonesia 1986, “Sains dan Peradaban di dalam Islam” terbitan Penerbit Pustaka, Bandung.

Penrose R. 2004. The Road to Reality . A Complete Guide to The Laws of The Universe. Vintage

Popper K. 1934/1959. The Logic of Scientific Discovery 1959 (snt kedua, 1968) terj kpd karya asalnya did lm Jerman, Logik der Forchung 1934.

Purwanto A. 2008. Ayat-Ayat Semesta. Sisi-Sisi Al-Quran yang Dilupakan. Penerbit Mizan, Bandung, Indonesia

Rosenthal F. 1970.Knowledge Triumphant. Leiden: E.J. Brill. Suntingan 1984 diterjemah kpd Melayu Malaysia 1995,” Keagungan Ilmu” terbitan DBP.

Shaharir b.M.Z. 1995. Towards a quantum leap in the development of Islamic Science with particular references to Malaysia. Dalam/in Anuar AbRazak dan Abu Bakar Majeed (Pyt./ed.), Islam Science and Technology. Pasca-sidang 1995. IKIM, Kuala Lumpur: 47-76

——————-. 1997. Mencerna sains Mengikut Acuan Alam Melayu-Islam. Berita Harian: 18 Jun, 1997 (berasaskan makalah undangan di sebuah seminar kebangsaan Tamadun Melayu 1997). Makalah penuhnya “Pembinaan sains Melayu” , di dlm Mohamed Anwar Omar Din (Pyt.), Dinamika Bangsa Melayu. Menongkah Arus Globalisasi. Penerbit UKM, 303-320

——————–. 2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Penerbit UKM

——————–. 2000b. Pembangunan sains matematik mengikut acuan sendiri. Majalah Ilmiah Himpunan Matematika Indonesia (MIHMI). 2000, 6(5): 625-628. Dibentangkan di Kolokuium FST, UKM dan Seminar Kebangsaan Sains Matematik Malaysia ke-9 di KUT, K.Terengganu pada 2000.

——————–. 2002. Etnomatematik Melayu. Sari 20: 97-112. Asalnya dibentangkan di Simpos. UNRI-UKM di Riau pada 2000.

———————-. 2003. Kaedah pemeribumian sains, teknologi dan perubatan. Makalah Khas Pusat Penerbit dan Teknologi Pendidikan UKM

——————–. 2004. Dinamik Sebutir-Dua Zarah Klasik: Penjana Sains Matematik, Peguam Bela dan Penjanan Nilai Serta Kontroversinya Saepanjang Zaman. Pusat Pengajian sains Matematik, UKM

———————. 2010 a. Tabii Kaedah Sains. Kesturi 20(1): 124-142

——————–. 2010 b. Tiga Dasawarsa Pengalaman Menyembul Unsur Etnosains Matematik Rumpun Melayu. Seminar Etnomatematik Nov 2010. Anjuran Univ. Riau & ASASI

Spengler O. 1918-1922/1926-1928. Decline of The West 1926 Vol.1 & 1928 vol2 . N.York: Alfred A. Knopf. Terj buku asalnya dalam Jerman 1918-1922, Der Untergang des Abendlandes (2 jilid).

White L.A. 1947. The Locus of Mathematical reality . Philosophy of Science 14: 289-303, ; juga di dalam bukunya 1949, The Science of Culture: A Study of Man and Civilization, New York: Farrar, Strauss. Ch. 10.

Wilder R.L. 1981. Mathematics as a Cultural System. Pergamon Press. Diterjemah kpd Melayu Malaysia 2010, “Matematik Suatu Sistem Budaya” terbitan DBP.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *