Kemaskini terbaru: April 25, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wacana 1: Keterlestarian sebagai ilmu multidisiplin termasuklah ekonomi dan matematik

Wacana 1:  Keterlestarian sebagai ilmu multidisiplin termasuklah ekonomi dan matematik

Abstrak

Tabii bidang ilmu keterlestarian dikaji daripada sudut etimologi perkataan lestari dan sustain itu. Kajian etimologi ini dipadankan dengan makna sepintas lalu ilmu-ilmu kini semasa yang membayangkan kewujudan ilmu-ilmun itu di dalam ilmu keterlestarian atau sustainability science. Perincian padanan dengan ekonomi dan matematik termasuk etimologi dua ilmu ini dipaparkan dengan lebih terperinci bagi menunjukkan keakraban yang luar biasanya dua ilmu ini dengan keterlestarian.

Ringkasan bahan Wacana

Keterlestarian = kebolehlestarian=kebolehan bertahan lama/selama-lamanya = boleh tetap tidak berubah seperti asalnya=sustainability.

Istilah yang kurang tepatnya, bagi menggantikan lestari (ada dlam KD dan KBBI) , yang selalu juga dipakai ialah mapan (ada dlm KD dan KBBI) , mampan (tiada dalam KD dan KBBI; salah sebut), atau mempan (ada dlm KD & KBBI).

Mapan =bangun teguh/kukuh; mantap/stabil pada kedudukan atau kehidupan=establish, tetapi kemapanan= kepuasan dengan diri sendiri (KBBI); keadaan mantap dsbnya (KD).

Mempan= lut=tak kebal; mujarab, dapat terima nasihat.

Kesalahan terbaru dalam pemakaian “mampan” ialah di dalam makalah Fatimah H. & Fauziah C.L., “Pembangunan pelancongan lestari di FELDA gugusan Trolak: Satu analisis. Seminar Kebangsaan Geografi 2007, anjuran Jabatan Geografi, FSSK UPSI 8-9 Sep 2007

Lestari ialah bahasa Jawa yg bermakna selama-lamanya, tetap , kekal, abadi (demikian pendapat ahli bahasa Indonesia Poerwadarminta yang dipetik oleh Bani Noor M. & Ira Mentayuni . 2004. “Model pelestarian arsitektur berbasis teknologi informasi. Studi kasus: Arsitektur Tradisional Suku Banjar”. Dimensi Teknik Asitektur 32(2): 95-101. Ada di internet.

Ada penulis Indonesia yang memakai istilah “berkelanjutan” bagi sustainable tetapi kegunaan ini dianggap juga tidak tepat berbanding dengan “lestari” seperti yang dibicarakan oleh M. Kusumawijaya 2005 , Tempo 14-20 Dis. 2009 yang juga ada di internet.

Dalam Sanskrit, perkataan dharma dikatakan yang paling hamper dengan lestari.

Mengikut kamus etimologi Inggeris di Internet, perkataan sustain Inggeris ada sejak abad ke-13 M dan berasal daripada Latin sustinere yg bermaksud tahan; sustainable muncul abad ke-16 dengan maksud tertanggungkan/bearable ; tertahankan/defensible pertengahan abad ke-18 M; boleh terus-menerus bertahan pada aras tertentu 1960-an lalu terbitlah sustainable growth; dan seterusnya sustainability dalam tahun 1970-an

Keterlestarian terjadi kerana pemakaian sumber kehidupan dengan cermat, berhemat ,…, “terbaik”. Daripada sini pun sudah jelas sifat keinterdiplinan ilmu ini, iaitu bersabit dengan perangai/telatah/ kelakuan/tingkah laku manusia/insan, adab/etika/moral, aksiologi (termasuklah makna cermat, berhemat,…terbaik itu), falsafah, penggunaan/konsumpsi, pengurusan, hubungan manusia dengan sumber (alam sekitar, kosmos, makhluk), ekologi, fizik (sumber=tenaga=jirim=jisim),… ekonomi? matematik?

Ekonomi (1950-an) ialah darp economy (1530-an) dan economics (1830-an). Economy drp Latin: oeconomia drp Yunani: oekonomia yang bermaksud pengurusan rumah-tangga.

Sebelum pengaruh Inggeris, bahasa Melayu Klasik: iqtishad (drp Arab) menjadi iktisad (apabila bahasa Melayu diRumikan mulai kurun ke-20, yang bermaksud pengurusan rumah tangga. Di Kelantan dan Terengganu masih iktisad, Perbadanan Iktisad Negeri.

Serbelum Islam ilmu ekonomi Melayu ialah arthasastera yang wujud sekurabng-kurangnya dalam abad ke-5 M lagi di dalam pengelasan ilmu Melayu Funan-Cenla dan Campa.

Economics itu bermakna “ ilmu tentang perkara seperti sekarang ini”.

Perkataan economy Inggeris itu berubah makna apabila muncul political economy dalam tahun 1650-an dengan maksud “sumber dan kekayaan negara”

Perkatan economic(al) muncul dalm 1590-an sebagai kata sifat drp economy; dan bermakna jimat-cermat hingga sekarang, walaupun juga bermakna kata sifat economics, sejak munculnya economics itu dalam abad ke-19 itu. Berasal drp Perancis economique drp Latin : oeconomicus (bermakna berhubung dengan ekonomi domestik) drp Yunani: oikonomikos (bermakna “yang diamalkan di dalam pengurusan rumah tangga dan keluarga”).

Perkataan ekonomi kita sebenarnya gabungan makna economy dlam political economy dan economics itu.

Perkataan economics dalam bahasa penjajah lain di Asia Tenggara ini (rantau rumpun Melayu, yang dikenali juga dengan pelbagai nama yang akan dibicarakan dlam Wacana 2 nanti) ialah

economia : Pertugis & Sepanyol; economie : Belanda & Perancis.

Pewujudan suasana keterlestarian Barat melibatkan pengurusan alam kediaman kita dan makhluk alam ini, yang secara tradisi Baratnya ialah pengurusan alam sekitar, ekologi, dan sumber keperluan manusia dengan sebaik-baiknya. “Pengurusan dengan sebaik-baiknya” itulah yang menjadi perkara pokoknya di dalam keterlestarian. Hal sebegini memanglah bersesuai dengan takrif ilmu ekonomi, iaitu ilmu yang berkira bicara tentang peruntukan dan pengagihan sumber yang terhad dengan sebaik-baiknya.

Ini bersesuaian pula dengan makna matematik , segi etimologinya (Shaharir 2008/2010, “Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu”), darp mathema (Yunani) yang bermakna “memahami, menerangkan, menjelaskan, mentelaah, mengkaji, mempelajari, menangani dan mengurus persekitaran tabii, sosial dan politik”; dan techne (Yunani) yang bermakna teknik (yang melibatkan pelbagai kaedah sains, pemberfikiran, daya pengaryaan dsbnya itu; lihat Shaharir dalam Kesturi 2010, “Tabii Kaedah Sains”).

Istilah “terbaik” atau “sebaik-sebaik” itu sentiasa ditafsirkan dalam sebutan Latin, optimus, yang diInggeriskan (dan kemudian diMelayukan) sebagai “optimum” bermakna “terbaik” tetapi diberi makna kuantitatifnya (matematiknya), iaitu situasi yang termudahnya (kuantiti yang diminati itu hanya satu yang tunggal sahaja) ialah yang bernilai melampau/ekstrim/ekstrimum (Latin), iaitu nilai tertinggi/maksimum (Latin), terendah/minimum (Latin), atau seimbang=tertinggi dan terendah serentak=keadaan titik pelana). Dalam kes kuantiti yang diminati itu berganda konsep optimum itu tetap ireka sesuai dengan falsafah ilmuwan berkenaan sehingga terciptalah berbagai-bagai konsep optimum yang dibicara kemudian. Apa pun, oleh itu ekonomi selalulah ditakrifkan sebagai ilmu pengoptimuman (secara langsung atau tidaknya).

Homo Economicus?
Mengikut Investopedia (internet) homo economicus ialah “The rational human being that many economists use when deriving, explaining and verifying their theories and models.


The basis for a majority of economic models is the assumption that all human beings are rational and will always attempt to maximize their utility – whether it be from monetary or non-monetary gains.”

Ekonomi selepas perang dunia kedua ialah “ekonomi pembangunan” iaitu ekonomi (asalnya untuk membangun semula negara-negara Eropah yang hancur-musnah akibat Perang Dunia II itu) yang disukat prestasinya menerusi kadar pertumbuhan dan sukatan utamanya ialah KDNK/GDNP. Program ekonomi ini didokong (secara sukarela atau paksa) oleh Negara-negara baru merdeka daripada penajjah Eropah.

Sejarah ekonomi pembangunan ialah sejarah kegagalannya (matalamatnya tidak pernah tercapai!) tetapi tetap diteruskan bukan sahaja oleh negara-negara yang terjajah kerana itulah yang diketahuinya menguntungkan golongan pemerintah negara berkenaan, tetapi itulah yang disyorkan oleh Bank Dunia, IMF, ILO dan badan-badan ekonomi lain (serantau) di bawah tajaan PBB atau institusi ini. Antara hasil ekonomi pembangunan yang ketaranya ialah

1. KDNK yang tinggi tidak dapat menunjukkan pendapatan sebenar rakyatnya kerana taburannya amatlah pencong; oleh itu tidak hairanlah tidak menunjukkan tahap kebahagian rakyat terbanyak. Kajian demi kajian menunjukkan “yang kaya semakin kaya dan miskin semakin papa”, jurang kekayaan semakin meluas.

2. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak dapat menjadi penunjukkan kebahagiaan rakyat Negara terbanyak di Negara berkenaan.

3. KDNK meningkat tetapi mutu alam sekitar dan yang berhubung dengannya semakin teruk merosotnya sehingga banyaklah unsur-unsurnya yang pupus sama sekali. Tidak hairanlah pembangunan sudah dipersetujui umum di kalangan sarjana ialah bertentangan dengan keterlestarian.

Pun begitu, hingga kini pun kelestarian dianggap tercapaikan apabila kadar pertumbuhan mencapai tahap optimum. Tahap ini tercapai menerusi pengoptimuman prestasi ekonomi berpemboleh ubah kadar pertumbuhan tertakluk kepada kekangan ekonomi semasa (teori pertumbuhan ekonomi, sumber ekonomi, alam sekitar, undang-undang dsbnya). Bentuk pertama masalah ini ialah yang diutarakan oleh Ramsey pada tahun 1929 dan penambah-baikannya hingga hingga yang dibicarakan di dalam siri wacana ini selanjutnya.

PBB (Bank Dunia, IMF dll. itu) juga mengubah ekonomi pembangunan kepada ekonomi pembangunan manusia yang tidak lagi menjadi pertumbuhan ekonomi dan KDNK sebagai matalamatnya tetapi menggantikannya dengan beberapa indeks yang dianggap membangun tahap kemanusiaan, iaitu pendidikan, kesihatan, kebebasan, kesamaan,…. Pengurusan “terbaik” dalam hal-hal inilah yang diperakukan oleh badan dunia ini untuk keterlestarian. Ini pun akan dibicarakan lagi di dalam wacana ini kelak.

Pendekatan lainnya, ialah menerusi pengecaman penuding/pengindikasi dan indeks keterlestarian dan pungutan data (dan penerapan kaedah statistik) untuk tujuan pengetahuan indeks-indeks tersebut.

Pada amnya, pendekatan keterlestarian oleh homo ekonomicus ini tidak begitu berjaya sehingga Bartlemus (2006) menonjolkan istilah eco-nomics (ciptaan Postel (1990) bagi menggantikan economics yang dianggapnya gagal menangani keterlestarian.

Kegagalan “ekonomi pembangunan” yang tidak mempedulikan alam sekitar itu menyebabkan munculnya istilah Eco-nomics sejak tahun 1990-an.

Eco-Nomics represents a large and growing group of like-minded individuals who are concerned about the preservation of our home (the earth), and with that, what little American Freedom we have left — using a peaceful, earth friendly, economical approach.

Our mission is to help build strong, independent families which are free of financial obligation… and thereby free of the necessity of money to survive and live in comfort in societies of man. American society nearly forces us to place our faith in money and the systems of man before those of God and Nature, making us dependent upon this man made “system” for our very survival. However we believe this can be changed by way of environmentally sustainable, economical and self-sufficient living practices… vital steps towards Independence, which is the very

Sumber: Definition and Foundation of True Freedom. http://www.eco-nomics.info/

Perkataan eco-nomics dikatakan pertama kalinya ditempa oleh Sandra Postel (1990) , dalam makalahnya yang memecah tradisi itu “Towards a new “Eco”-Nomics”, WorldWatch Magazine, Sept-Oct, 1990 (http://www.cooperativeindividualism.org/postel-sandra_toward-a-new-economics. html); dan digunakan oleh Peter Bartelmus (2008), sebagai judul bukunya yang cukup kritis dan mencabar pembaca dengan pelbagai persoalan itu, “Quantitative Eco-nomics. How Sustainable are our Economics?”

Bartelmus (2008:43) mentakrifkan eko-nomik/eco-nomics sebagai “bidang baru ekonomi yang berbicara hal yang melampaui pasaran untuk mengani perihal perkhidmatan persekitaran langka yang tidak dipasarkan.”

Dengan kegagalan “ekonomi pembangunan” muncul pelbagai ekonomi seperti yang dibicarakan oleh Shaharir (2008), “Ekonomi Pembangunan Lwn Ekonomi Kebahagiaan” , Jurnal Kajian Ketamadunan 2008: 1-45. Antara Ekonomi Pembangunan dengan Ekonomi Kebahagiaan itu ialah Ekonomi Kebajikan Sosial (yang terkenal dengan Indeks Pembangunan Manusia), Ekonomi Kekayaan (Perluasan sukatan KDNK), Ekonomi Keadilan dan Ekonomi Kemakmuran (berasaskan Pengoptimuman), Ekonomi Kesejahteraan (peduli alam sekitar dan kesihatan) dan Ekonomi Keterlestarian (yang dipopularkan oleh Forum Ekonomi Dunia dan bebberapa prakarsa PBB seperti Kemuncak Bumi dan Goal Pembangunan Alaf PBB); Ekonomi Kebahagian dan yang kami baru perkenalkan Ekonomi Kewustdoan yang merentasi Ekonomi Kesejahteraan, Ekonomi Keterlestarian dan Ekonomi kebahagiaan ini. Ini akan dibicarakan di dalam siri Wacana Keterlestarian ini.

%%%%%%%%%%%%%%TAMAT%%%%%%%%%%%%%%%%

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *