Kemaskini terbaru: June 30, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wacana 2 TE-TQ Sambutan Muslim dan Khasnya di Pascabima terhadap TE: Telah, Lani dan Kelak Ilmuwan Muslim pertama menyahut TE?

Wacana 2 TE-TQ

Sambutan Muslim dan Khasnya di Pascabima terhadap TE: Telah, Lani dan Kelak

Ilmuwan Muslim pertama menyahut TE?

Iqbal 1934 (Shaharir 2011: 18-24): Karyanya The Reconstruction of Religious Thought in Islam diterjemah kpd Melayu Indonesia 1966, “Pembangunan Kembali Alam Pikiran Islam”, nampaknya tidak memberi apa-apa dampak kpd ilmuwan di Pascabima.  Siapa yang baca? Siapa yg faham?

Buku laris jualan Einstein 1919 baru diterjemah kpd bahasa Melayu Indonesia 2005 (“Relativitas: Teori Khusus dan Umum”) dan makalah masyhur Einstein 1905 & 1916 baru diterjemah kpd bahasa Melayu Malaysia 2010 (dalam Jurnal Terjemahan ATMA).

Buku teks/popular Kenisbian dalam bahasa Melayu (Malaysia & Indonesia)?

Di PTSL (UKM) + PZ(UM) + ITB (Indo’sia) : ada 10 buah buku, yang tertua terj buku (salah pilih) Landau & Rumer oleh Teh Pek Sin 1965 terbitan Bandung; diikuti oleh

Mahmud Musthafa (Pterj ; salah pilih lagi) 1980 terbitan Jakarta

Liew 1984 terbitan USM

Wuspakrik (Pterj.?) 1987 terbitan ITB

Lim & Mustaffa 1992 terbitan DBP

Chen 1997 terbitan Utusan Pub.

Buku Schwartz terj. 1998 terbitan Mizan, Bandung

Khyasudeen 1999 terbitan DBP

Shaharir 2004, 2011 (dlm buku falsafah sainsnya 1987/2000)

 

Ada dibicara dlm buku Fizik Moden seperti oleh Muhammad Yahya 1989 terbitan DBP, Yusof M. Amin DBP 1990, Latif Awang (Terj.1992) terbitan USM dan Husin Wagiran 2003 terbitan UTM.

Ada dibicara di dalam buku Tan Malaka 1943 (Jelas tertua!) dan terj. buku Iqbal 1966.

Sejak 2004 ???? “Sudah Berakhirnya buku ilmu dalam bahasa Melayu?”!

Kritikan Iqbal tertumpu kepada “masa” yg katanya bukan sahaja

KIq1. bertentangan dengan intuisi (“rasa ada ciri masa yg tidak dihayati oleh TE”,“tak berkenyataan”);

KIq2. “Kelak sudah sedia ada, tanpa keraguan lagi telah berlalu”;

KIq3. Tempoh/tempo/durasi/lamanya dalam TE tidak serasi dengan tempoh dalam Bergson 1889/1910 yg dianggapnya lebih betul (tetapi tak jelas sebabnya);

Istilah yg berhubung dgn masa: waktu, tempoh; tempo; lamanya; durasi;

celah/sela/selang; temporal/nanti/tangguh/duniawi…

Bergson dan Whitehead: tidak sekular; Bergson dapat Hadiah Nobel 1927 dlm kesusasteraan (faktor Yahudi?); masa bagi Bergson dialami sebagai durasi, dihadirkan kpd keinsafan sebagai durasi dan difahami oleh intuisi (bukan naluri atau intelek/aqal), dan tak sama dgn ruang.

KIq4. Masa Einstein (serentak dan tiada telah,lani,dan kelak ), dan Bergson (intuisi dan tempoh/durasi) pun, tidak serasi dengan ajaran al-Qur’aan yg dipaparkan di dalam Shaharir 2011: 20 .

KIq5. Masa Whitehead (lani sahaja) lebih menghampiri masa Islam.

Iqbal mengesyorkan masa mengikut Islam ialah taqdyr (tetapi kurang penjelasannya)

Tiada sambutan hingga kini!

*Tan Malaka 1943 terbit 1946 terbit kembali 1951, dan 2 kali 2000 (tiada dlm Shaharir 2011), Madilog: Ada 23 halaman tentang TE ; digunakan TE bagi mengukuhkan kebendaanisme menerusi kaedah pemikirannya yg dinamainya  madilog (=material (kebendaan) + dialektika kebendaan (bukan unggulan) + logika). Setakat menggunakan TE bagi kepentingan kebendaanisme itu sama dengan ilmuwan Barat ateis/komunis tetapi sebagai bahan sokongan kpd tesis mandilog-nya cukup bitara statusnya: pendekatan TE menerusi madilog-nya berasaskan sebuah buku Jerman karya von Cassirer yang dikatakannya membicarakan TE secara dialektik unggulis.

Shaharir 1987, “Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains” (snt ke-2 tahun 2000) mengkritik falsafah yang tersirat di dalam TE yang bertentangan dengan falsafah Islam dan mengkritik hampir semua model alam semesta yang diajukan oleh para pengikut Einstein sehingga tahun 1980-an yang dianggapnya bernatijah yang tidak serasi dengan ajaran Islam (yang diulang di dalam buku “Kritikan TE-TQ” yg diwacanakan ini). Modelnya memang sarat nilai: homogen, isotropi, statik, mantap atau mengembang (terus menerus, asimtot, berkala), bermula drp kosong/akosong menerusi Deguman Besar, abermula, berakhir/aberakhir,…  . Membayangkan model alam semesta mantap dan teori kosmogoni Melayu-Islam (Nur Muhammad) sebagai yang berpotensi lebih serasi dengan nilai Islam.

Sejak itu, dalam segala kesempatan yang ada, perkara ini selalulah ditimbulkan olehnya hingga kini. Sebuah makalah yang dibentangkan olehnya di seminar Kebangsaan Fizik 2008 berkenaan dengan perkara ini (dengan tambahan data baru) diterjemah ke dalam bahasa Inggeris (atas permintaan) dan disiarkan di dalam prosidang simposium itu yag diterbitkan oleh AIP (Versi asal dalam bahasa Melayu dan lebih terperinci disiarkan di dalam internet di bawah kata kunci gelintarannya, “myais”). Tiadalah juga sambutan dari sesiapa pun!??

Dua sajak sarjana ateis, Tim Joseph, tentang Penciptaan daripada kosong (tiada apa-apa):

In the beginning there was Aristotle,

And objects at rest tended to remain at rest,

And objects in motion tended to come to rest,

And soon everything was at rest,

And God saw that it was boring.

Then God Created Bohr,

And there was the principle

And the principle was quantum,

And all things were quantified,

But something were still relative

And God saw that it was confusing

(Tim Joseph, “Unified Field Theory” , New York Times, 6 April 1978)

Tahun 1967, Penrose dan Hawking memperoleh sebuah teorem  yang menghapuskan kepercayaan kpd teori DB bermula dengan bahan yang berketumpatan tak tepermanai/terhingga/berhingga, “Jika TE betul, tetapi kembara-masa mustahil berlaku, dan “graviti sentiasa menarik” (iaitu kehadiran jirim sentiasa melendutkan ruang-masa), dan selagi cukuplah jirim dan sinaran di dalam alam semesta ini yang bersifat sedemikian maka adalah sejarah kejadian alam semesta ini yang berpermulaan tidak semena-mena tanpa apa-apa sebab dan tanpa apa-apa pun. Persoalannya siapa yang hendak percaya dengan hipotesis teorem ini? Memerlukan suatu sistem nilai agama yang kuat. Sejak 1978, hasil keraj kuat para pendokong sistem nilai kontra itu menunjukkan 2 darp hipotesis teorem itu besar kemungkinan tidak berlaku: Teori Einstein itu sendiri (kerana teori tetali) dan andaian “graviti menarik” itu  (ada jirim yang “bergraviti menendang”). Walaupun ini tidak bermakna “teori penciptaan drp kosong” tak berlaku tetapi sarjana yg berlainan sistem nilai itu tetap mahu  “teori tanpa penciptaan drp barang benda pun” (iatu tiada “Pencipta”).  Alam semesta ini kononnya tiada permulaannya, berkala mengembang-menguncup selama-lamanya! Mungkin kitarannya semakin besar….sehingga akhirnya terus mengembang sahaja…..demikianlah saratnya nilai dalam ilmu ini. (di Petik drp Barrow J.D. “The Book of Nothing”  Vintage Book 2000)

Muslim lain terpesona dng TE lalu mencari ayaht-ayaht al-Qur’aan mengukuhkan TE dengan menegaskan teori itu cukup serasi/selari (menghayati prinsip/ajaran Islam, atau tiada percanggahan dengan ajaran Islam malah boleh menguatkan ajaran Islam):

Dalm laman “Islamic Science”/ “sains Islam” : masa dlm al-Qur’aan relatif seperti masa yang dialami oleh ash-hab al-kahfi dan masa di  akhirat dan hampir pasti sumbangan Mansour dan TDB di bawah ini.

Mansour (ahli fizik Mesir) 1990-an

Achmad Baiquni (ahli fizik Nukleus Indonesia) 1990-an

Golshani (ahli fizik Iran)1990-2001

Wardhana (ilmuwan Indonesia, bukan ahli fizik) 2005

*Agus Purwonto (ahli fizik zarah) 2008

 

Yang paling banyaknya ialah ilmuwan/penulis popular Muslim yang menyokong Teori Deguman Besar, TDB, (yang memang dispekulasi oleh model alam semesta berlandaskan TE): Shaharir 2011: 54-55. Sarjana besar Muslim yang menyokong TDB:

Iqbal (1934)

Muhammad Assad (1980)

Sa‘id Hawa (1986)

Dan penulis popular laris jualan

Harun Yahya (1999)

Bertentangan dengan terjemahan ‘Abd al-Rawuf Singkel (al-Fanshury)/Syiah Kuala 1671 , dan Hamka (1965) yg dipaparkan di dalam Shaharir 2011: 56 & 57.

Warisan Islam dan Pascabima tentang “masa” dan kosmologi mampu menambah bahan kritikan TE dan memberi idea baru penambah-baikannya.

Anehnya : tidak berkukuk menyahut hujah-hujah dari golongan agamawan-sainsis-falsawan Amerika Syarikat yang bergiat di dalam gagasan Reka Bentuk Pintar itu.

 

Isu Penyelidikan TE:

Apa dia masa? Melayu berasaskan “lani” (datangnya kelak dan telah) sama (?) seperti Yunani (Aristoteles mengikut Heidegger), bukan begitu dalam bahasa Inggeris dan Jerman yang “dikesali” oleh Whitehead dan Heideger. Kedua-duanya cuba berhujah masa memang rentetan lani sahaja. Heideger berpendapat ini bukan yang asasinya. Yang asasinya bagi Heidegger ialah yang dikaitkan dengan sein/being dan dasein yang cukup tidak dapat difahami ….

Yang pentingnya, semuanya mengakui masa dan ruang tidak terpisah tetapi cara tidak terpisahnya itulah yang membuahkan model manifold ruang-masa. Umpamanya

 

Masa mengikut Iqbal sebagai taqdyr itu masih belum jelas kaitannya dengan ruang (dan kuantiti lain lagi?), selain daripada masa itu sepatutnya tidak boleh ditentukan sama setanding dengan ruang. Bagaimanakah metrik dalam manifold-(1+3) ini? Perlu abaikan alam mengembang ….. menyelesaikan segala kelemahan model kosmologi kini dengan cara melaksanakan atur cara penyelidikan Lakatosan.

Masa mengikut Mulla Shadr lebih jelas hubungannya dengan ruang dan lain-lain lagi kerana masa dikaitkan dengan bukan sekadar bahan/sabstansi (terjemahan jawhar) tetapi juga dengan zat/sari/esensi (terjemahan dzat) jawhar itu sehingga termasuklah warna, bau, …. . Mungkinkah ini satu dimensi lagi menjadikan semuanya manifold-(2+3) ? Bagaimana memodelkan metrik manifold ini? Alam perlu dianggap tidak mengembang….menyelesaikan segala kelemahan model kosmologi kini dengan cara melaksanakan atur cara penyelidikan Lakatosan.

 

Mengambil kosmogoni Melayu-Islam (Nur Muhamad) sebagai idea mengukuhkan teori penciptaan drp kosong, khalaqa la min sya’i, creation ex-nihilo, creation from nothing?

Tindakan reaktif yg masih perlu:

  1. Terus mengkritik konsep “masa” Barat: Aristoteles, Kant, Hegel, Einstein, Bergson, Whitehead, Penrose-Hawking, Heidegger, Bohm,..…
  2. Terus lawan neutralnya ilmu spt  terhadap Brown R. 2009, “Are Science and Mathematics Socially Constructed?” , World Scientific; dan sebuah rujukan di dalamnya, Zammito J.H.2004, “A Nice Derangement of Epistemes: Postpositivism in the Study of Science from Quine to Latour”, University of Chicago Press
    1. Terus mengkritik unggulnya bahasa Inggeris dlm ilmu.

4. Terus balas kritikan sekular dan ateis tentang ilmu

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *