Kemaskini terbaru: June 30, 2011

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wacana 5 TE-TQ, Di Jabatan Fizik UKM anjuran ASASI 25 Jun 2011 Tanggapan Muslim dan Khasnya Muslim Pascabima terhadap TQ: Telah, Lani dan Kelak Tanggapan Muslim di luar Pascabima /bukan di dalam bahasa Melayu

Wacana 5 TE-TQ , Di Jabatan Fizik  UKM anjuran ASASI 25 Jun 2011

Tanggapan Muslim dan Khasnya Muslim Pascabima terhadap TQ:

Telah, Lani dan Kelak

Tanggapan Muslim di luar Pascabima /bukan di dalam bahasa Melayu

Seyyed Hossain Nasr pemula istilah “sains Islam”/Islamic Science 1960-an, An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines, Albany State Univ. of N.York 1964; Science and Civilization in Islam, New American Library. NY 1968. Pada tahun 1975. An Annotated Bibliography of Islamic Science. Imperial Iranian Academy of Philosophy Studies. Namun tiada rujukan/terbitan dalam sains tabii kontemporer yang disenaraikan di dalamnya.

Nasr 1968, The Encounter of Man and Nature, London : Allen & Unwin, menegaskan perbezaan kosmologi Islam dengan Barat kerana katanya alam tabii Barat adalah objek yang boleh dihiris-hiris atau malah disiksa untuk kepentingan manusia, sedangkan alam tabii Islam adalah entiti sakral. Tiada dikaitkannya dengan TQ. Tentang “masa”, katanya  Barat dan bangsa berbudaya monoteis menganggapnya sebagai linear sedangkan tradisi Timur adalah berkitar. Ini mengelirukan dan tak tepat dengan teori masa dlm TE atauTQ.

Nasr 1997, “Perennial ontology and quantum mechanics. A Rev Essay of Wolfgang Smith’s The Quantum Enigma-Finding the Hidden Key, Peru (Illinois), Sherwood Sagden & Co. 1995.”. J.Is. Sc 13(1-2): 37-52 bersetuju sepenuhnya dengan karya Smith ini tentang ada dua tingkat alam  ini,  alam korporeal (alam yang dipersepsi) dan alam kejasmanian (alam yg disukat), oleh itu adanya perbezaan ontologi antara alam tabii, jasad korporeal dan jasad kejasmanian.Tiga realma ini perlu menjadi impian untuk diketahui oleh seseorang sarjana. Keanehan di dlm TQ berlaku kerana usaha ahli fizik mendeduksikan alam/jasad korporeal, termasuk makhluk hidupan, kepada alam/jasad kejasmanian. TQ hanya berkemungkinan menjadi teori lengkap bagi alam kejasmanian sahaja dan tidak kpd alam korporeal. Ini pandangan/sikap yang terlampau menyelamatkan diri! Smith juga berpendapat mikroalam memiliki kenyataan/ realiti/ realitas/ (haqyqaht?) jika diterima  Platoisme bagi matematik. Tidakkah dia sedar bahawa matematik di dalam TQ ialah berkenaan ruang Hilbert dan pengoperasi ke atasnya yang memang dianggap tidak berasaskan Platoisme sama ada oleh pembina matematik itu, Hilbert, atau ahli fizik teori yang menggunakannya di dalam TQ itu seperti Schroedinger, Heisenberg, Born dan  Bohr yang meanggap matematik mereka itu tidak tervisualkan atau tidak mewakili kenyataan/reliti perkara yang dibicarakannya tetapi hanya gambarannya terhadap perkara itu?

Pada tempat lain lagi, katanya lagi, sekalipun kenyataan/realiti “mengandungi” ruang, masa dan jirim; fizik tidak mampu berkira-bicara dengan kenyataan/realiti ini tetapi hanya menuding ke arahnya sahaja. Contoh yg diberinya ialah teorem kesaling-berkaitan Bell (iaitu kenyataan/ realiti yang cocok dengan fakta semestinya tak setempat, walaupun fakta quantum adalah setempat) yg menuding kpd kenyataan/realiti melampaui kontinum ruang-masa.  Alam tabii berada melampaui ruang dan masa tetapi bermanifestasi dirinya sendiri di dalam ruang dan masa. Ini bermakna beliau tidak begitu kritis terhadap TQ sahaja kerana teorem Bell itu berasaskan mazhab Copenhagen TQ.

Selanjutnya Smith menegaskan bahawa teori lengkap alam tabii boleh dijelaskan menerusi teori hilomorfisma (falsafah Aristoteles yg menegaskan setiap jasad ada dua prinsip intrinsik: prinsip potensi, iaitu jirim primer dan prinsip aktual, iaitu bentuk bahan; atau ringkasnya jirim dan bentuk; lawannya teori atom) . Oleh itu, persoalan Einstein yang terkenal “Adakah Tuhan bermain dadu” tidak boleh diselesaikan di satah teknis dan sains sahaja. Malangnya beliau tidak berhujah secukupnya akan sebabnya sedemikian itu bahkan sebab teori hilomorfisma cocok dengan TQ tidak diusahakan menjelaskannya.

Smith memadankan persoalan tentuisme dan ketaktentuisme di dalam TQ tepat seperti persoalan Ying-Yang. Ini pun tidak dipersoalkan oleh Nasr. Smith memadankan runtuhan gelombang dengan tindakan natura naturans yang dicamkan atas nama Tuhan sebagai “setiap tindakan kita tentang cerapan alam terpersepsikan ini adalah diasaskan pada tindakan Agen Kudus yang berupa penganugerah bentuk-bentuk semua benda dan semua proses natura.  Tidaklah disedarinya agaknya bahawa fenomenon yang dipertimbangkannya itu tidak wujud di dalam tafsiran TQ yang lain!

Seterusnya beliau akur dengan Teori Deguman Besar (TDB) yang berkira-bicara tentang pengembangan alam semesta tetapi beliau menegaskan teori itu tidak boleh berkira-bicara dengan masa t=0 (mula asal kejadian alam semesta) yang dianggap oleh ahli kosmologi Barat sebagai “kesingularan awal” atau “sempadan kontinum ruang-masa” . Katanya, kedua-dua benda ini sebenarnya bukanlah peristiwa tetapi ketiadaan peristiwa. Smith berpendapat seseorang tidak boleh bercakap tentang “permulaan masa” kerana “masa” ialah suatu benda yang terpercik/terzahir/tertranspirasi di dalam alam semesta (katanya, suatu yang pernah dinyatakan oleh Ibn Sina dahulu lagi). Beliau berkeras tentang sia-sianya seseorang yang menggelintar asal-usul “masa lama kelamaan” itu kerana asal “masa” berada di dalam keselama-lamaan. Walaupun Hawking umpamanya cuba memeranti model alam semesta yang bebas kesingularan atau alam semesta “tertutup”, Smith percaya usaha itu tidak akan berjaya kerana bercakap secara metafizik, kosmos tidak boleh menjadi tertib/tatanan kenyataan/realiti yang merdeka dengan lengkapnya. Memang benar pun, model alam semesta Hawking itu sudah pun tidak diterima umum di kalangan ahli kosmologi-kosmogoni-kosmogenesis termasuklah Penrose (2004) dan ramai sarjana lain lagi yang disebut di dalam Smolin (2006). Tambahan pula, keadaan awalan atau “sempadan” alam semesta yang dicari-cari ahli kosmologi itu menerusi surihan ke belakang tidak akan sampai tempatnya.  Had ke belakang itu bukannya keadaan awal tetapi batas transenden; dan batas itulah Permulaan.  Smith berpendapat permulaan alam semesta ialah sesuatu ontologi bukannya sesuatu temporal (yang sama pendapatnya dengan Ibn Sina dan sesetengah Skolastik).

Nasr 1998, Islamic cosmology – some of its basic tenets and implications: yesterday and today , J. Is. Sc 14(1-2): 99-114. Di dlm makalah ini beliau menegaskan kosmologi Barat yang hanya berdasarkan kpd alam kejasmanian dan sukatannya sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah asal-usul kejadian alam semesta ini kerana pendekatan itu sahaja tidak mampu memahami kosmos korporeal (alam semesta yang dipersepsikan) . Aksiom alam semesta Islam ditegaskan sebagai ciptaan drp kosong (ex-nihilio atau min al-‘adm) dan ciptaan selanjar (creation continua, bagi sufi: labs ba ‘d al-khal /pakai selepas melucutkan pakaian, bagi Mulla Sadr: labs ba ‘d al-labs). Tiada kelemahan lain!

Nasr 2006, The question of cosmogenesis – the cosmos as the subject of scientific studies, Islam & Science 4: 43 menegaskan ilmu ini, kosmogenesis (ilmu asal kejadian alam semesta) memang absahlah “ilmu Islam” kerana ‘ilm dan ‘alam berakar yang sama, oleh itu ilmu ini pastinya melibatkan persoalan metafizik dan agama, sehingga jawaban kebenarannya semestinya daripada wahyu, bukannya sekadar perluasan dan ekstrapolasi sains tertib/tatanan kejasmanian dan alam tabii sahaja seperti yang sedang berlaku dalam (kosmologi-kosmogoni-) kosmogenesis Barat kini. Namun beliau hanya menyatakan skeptisnya terhadap TDB itu yang dipercayainya hanya bersifat sementara sahaja… akan datang teori baru lagi…. Namun, tiadalah yang disembulkan akan  kelemahan TDG itu dengan jelasnya!

PengIslaman Ilmu/Islamisasi Ilmu pengetahuan/Islamization of knowledge : Sayed Muhmmad Naquib al-Attas 1969, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago. K.Lumpur: DBP ; 1978, Islam and secularism; Isma‘il Faruqi 1982, Islamization of Knowledge: The Problem, Principles and the Workplan: A Follow-up Report on Seminar on ‘Islamization of Knowledge’. National Hijra Centenary Committee of Pakistan (yang juga diterbitkan oleh IIIT 1982)  tidak pernah dituju kepada bidang sains (bukan sains sosial). Mereka ini tidak pernah turun ke padang TQ kontemporer.

IIIT1987, Kesedaran baru ideology PengIslaman Ilmu IIIT: IIIT mengadakan 3 hari bengkel “Islamization of Attitude and Practice in Science and Technology” di Washington dengan tujuannya “pumpun pada masalah  dan cabaran sains terhadap ideologi, sahsiah/personaliti, pendidikan dan persekitaran ahli sains Muslim di dunia kontemporer” dan tujuannya “mengIslamkan semua bidang kontemporer” (Guessom 2011: 124) . Menariknya Presiden IIIT selepas pelandasnya al-Faruqi, Taha Jabir al-‘Alwani  di dalam makalahnya di Bengkel itu menyatakan (Guessoum 2009: 124-125) yang berikut:

(1) Di kalangan ahli sains Muslim ketika itu, jumhurnya, tidak bersetuju dengan “pengIslaman sains tabii “ dengan memberi contohnya siri tahunan Persidangan Antarabangsa Aljazair berkenaan dengan pemikiran Islam (bermula sejak 1977) menolak usul memasukkan pengIslaman sains tabii di dalam siri persidangan itu!

(2) Beliau berpendapat pengIslaman sains tabii juga perlu kerana (2.1) pembahagian sains sosial dengan sains tabii adalah pembahagian utilitarian dan sewenangan; (2.2) fizik kini menunjukkan pencerap ada pengaruh besar di dalam penyukatannya yang membawa kepada persoalan keobjetifan di dalam sains tabii. Oleh itu dipercayainya ahli sains Muslim yg melakukan kerjanya darp sudut pandangan Islam akan menghasilkan penyelesaian yang berperisa keIslaman. Ini retorik pengIslaman ilmu yang paling hampir dengan TQ .

Ijmali (diketuai oleh Ziauddin Sardar dan ahlinya Munawar Anees, Merryl Wyn Davies, Parvez Manzoor, Gulzar Haidar, Ibraheem Sulaiman, dan Asaria) 1980-an: Kumpulan ini agak rapat dengan Anwar Ibrahim terutamanya 1980-an hingga 1998 dan sering membentang makalah/ceramah di seminar dsbnya serta di TV di Malaysia bahkan Munawar Anees ditugaskan menerbitkan sebuah majalah bibliografi sains Islam yang diterbitkan oleh NST. Mereka ini (Ijmalis), terutamanya Sardar adalah pengkritik hebat terhadap al-Faruqi, al-Attas dan Nasr yang semuanya juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim, bahkan Anwar Ibrahim menjadi seorang drp ahli lembaga IIIT yg dibangunkan oleh al-Faruqi; Nasr dan al-Faruqi juga selalu menjadi tetamu Anwar Ibrahim dan memberi ceramah di seminar-seminar “pengIslaman Ilmu” atau “sains Islam” di Malaysia (dan di Indonesia ekoran jaringan Anwar dengan Pak Habibi menerusi Forum Ilmuwan di Malaysia dan ICMI di Indonesia) di sekitar 1982-1998. Ekorannya, beberapa buah buku Sardar  menjadi popular di Pascabima sehingga banyak bukunya diterjemah atau diulang cetak di Pascabima:

1) Future of Muslim Civilization 1979 diterbitkan semula 1988 oleh Pelandok PJ (diterj. sebagai “Masa Depan Islam”, Penerbit Pustaka, Bandung 1987)

2) Islamic Futures : the Shape of Ideas to Come 1985 (yg diterj. sebagai “Masa Hadapan Islam. Bentuk Idea yang Akan Datang” terbitan DBP 1990)

3)  Science, Technonolgy and Development in the Muslim World 1977 (yg diterj. sebagai “Sains, Teknologi dan Pembangunan di Dunia Islam” terbitan YADIM 1981)

4) The Touch of Midas: Values and Enviroment according to Islam and the West 1984 (yg diterj. sebagai “Sentuhan Midas: Sains, Nilai dan Persekitaran menurut Islam dan Barat”, DBP 1991)

5) Strategy of the Muslim World in the 21st Century (yg diterj. sebagai “Strategi Dunia Islam Abad Ke-21”, DBP 1994)

6) Information and the Muslim World: A Strategy for the Twenty-first Century 1988 (yg diterj. sebagai “Tantangan Dunia Islam Abad 21 Menjangkau Informasi” Mizan, Bandung 1988 & Victory Agencies K.L 1989)

7) The Future of Muslim Civilisation 1979 (yg diterj. sebagai “Masa Depan Islam”, Penerbit Pustaka, Bandung 1987)

8) Intellectual Holy War: Formulating Parameters of Islamic Science (yg diterj. sebagai  “Jihad Intelektual: Merumuskan Parameter-Parameter Sains Islam”, Risalah Gusti, Surabaya 1998)

9) How we Know: ‘Ilm and the Revival of Knowledge, London: Grey Seal 1991 (yg diterj. Sebagai “Merombak Pola Pikir Intelektual Muslim”, Pustaka Pelajar, Yogyakarta 2000)

10) Desperately Seeking Paradise = Kisah Perjalanan Hidup seorang Muslim Skeptis, PT Diwan Pub., Jakarta 2006. Asalnya diterbit pada tahun …

Namun semua karya ini, sepanjang ingatan pengarang ini, tidak merujuk kpd TQ.

Apa pun, pada kumpulan ini pembinaan sains Islam semestinyalah bermula dengan menolak aksiom tentang alam tabii, alam semesta, masa dan kemanusiaan dan juga gol dan arah sains Barat dan tatakaedah yang menjadikan turunisme tanpa makna, pengobjektifan alam tabii dan penganinyayaan haiwan (Sardar 1995, “Islamic science: the way ahead”, makalah seminar yang diambil oleh Masood E. (Pyt.), 2006, How Do You Know?, London: Pluto Press).

Tiada seorg pun drp mereka (Ijmalis) yang turun ke padang TQ kecuali disebut sepintas lalu oleh  Sardar 1989, Explorations in Islamic Science, London: Mansell: Sains moden mengandungi kaedah bagas/violent dan tanpa moral dng contohnya dlm TQ, antara lainnya, fizik teori (tentunya ujikaji dengan pemecut zarah). Pandangan ini dibangkang oleh Guessoum 2009: 137-138

majalah Ijmalis berjudul Afkar Inquiry Magazine kelolaaan Parvez Manzoor yang bermula 1984 tiada makalah di dalamnya yang merujuk TQ. (Majalah ini sudah mati sejak 1990-an). Kini Sardar menjadi ketua penyunting jurnal The Futures (bertaraf ISI) yang bukan sahaja tidak mengandungi makalah TQ tetapi malah tidak memperomosikan “sains Islam” jenama apa pun!

 

ASASI 1978: Persatuan ahli SAKTI yang tertua di dunia yang ditubuhkan bertujuan membina sains Islam pada zaman moden ini. Namun sehingga 1987, penumpuan diberi kepada kritikan umum sains Barat terhadap falsafah dan kaedah sains sahaja. Dlm tahun 1987, Shaharir mengkritik model-model alam semesta di dalam TE vis-à-vis Islam yang dipaparkan di dalam “Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains”, K. Lumpur: Bina Ilmu. Buku pascasidang Seminar anjuran ASASI suntingan Osman B. 1989, “Pemikiran Sains Masa Kini” juga ada makalah yang merujuk kepada TQ tetapi tidak cukup kritis sehingga menyembulkan kelemahannya di mana-mana. Jurnal ASASI, Kesturi pertama kali diterbitkan 1991 dan  karya di dalamnya yang merujuk kpd TQ sehingga kini hanya 6 buah makalah sahaja:

Kesepaduan Ilmu Sains: Perspektif Ahli Fizik oleh Shahidan b. Radiman & Baharudin b. Yatim, 1996, 6(2); 4 buah makalah dalam Kesturi 1997, 7(1):

Kedudukan PengIslaman Fizik oleh Shaharir Mohamad Zain

Konsep Fizik Masa Kini oleh Zainal Abidin Hassan

Modern Physics Versus Islam oleh Torla Haji Hassan

Masalah-Masalah Pokok Di Dalam PengIslaman Fizik oleh Abdul Latiff Awang, Abdul Aziz  Tajuddin & Mohd Suhaimi Jaafar

dan

Beberapa judul dalam fizik matematik: perspektif acuan sendiri oleh Shaharir b.M.Z. Kesturi 2007, 17(1&2): 53-86.

 

Walau bagaimanapun makalah yang agak kritis hanyalah karya Torla dan Shaharir itu yang memang disebut di dalam buku Kritikan TE-TQ.

 

Sebutan sepintas lalu terhadap TQ sentiasa dibuat oleh pemimpin ASASI sejak kewujudan akademi itu, terutamanya tentang tabii ketakpastian di dlm TQ semata-mata untuk menjadi bukti keperluan falsafah sains Islam yang mengiktiraf sifat ilmu sedemikian, iaitu semacam Bucailleisme juga, walaupun ASASI tidak pernah mendokong Bucailleisme (sekalipun Bucaille pernah menjadi tetamu ASASI tahun 1983? dan menganjurkan ceramahnya serta menerbitkan sebuah risalahnya ,”Quran and Modern Science” 1978, yang mungkin boleh dikatakan suatu kesilapan yang sudah pun menimbulkan fitnah Bucailleisme-nya ASASI sehinggalah seseorang melihat penerbitan ASASI selanjutnya)

MAAS 1980-an?. Jurnalnya, J. Islamic Sc. sejak keluaran sulungnya 1985 hingga kini memang ada beberapa buah makalah TQ yang diperihalkan di dalam wacana ini.

The Islamic Academy Cambridge (Ashraf, UK) 1980-an? yang menerbitkan jurnalnya Muslim Education Quarterly sejak 1984 memang memuatkan makalah sains juga walaupun sesuai dengan judulnya jurnal ini sarat dengan isu pendidikan Islam. Namun tiadalah, yg diketahui pengarang ini, makalah TQ yang pernah disiarkan di dalamnya.

 

Golshani 1980-an: Pendirian Golshani di dalam pengIslaman ilmu ialah sedapat mungkin mempertahankan sains kontemporer tetapi bukan dengan gaya Buccaileisme/i‘jazisme sepenuhnya tetapi menggunakan aqal/kerasionalan yang tinggi sebagaimana yang dapat dilihat dalam hujahnya mempertahankan Teori Evolusi (TEv) dan prinsip kebersebaban (yang disebut di dlm buku Kritikan TE-TQ); bahkan beliau tidak memperakukan adanya karamaht kerana dipercayainya fenomenon itu menunggu masa sahaja untuk difahami menerusi sains moden. Beliau sendiri menamai pendekatan pengIslaman sains kontemporer itu sebagai kegiatan yang menghasilkan sains teis (theistic science). Sains teis beliau kadang-kadang bertentangan dengan ajaran tradisi Islam seperti penolakannya terhadap prinsip sebab-musabab mutakallimun dan penolakan karamaht itu. Pendiriannya ini dapat ditelaah di dalam buku masyhurnya, Philosophy of Science from the Qura’nic Perspective yang dimuatkan di dlm Abu Sulaiman (Pnyut). Towards Islamisation of  Disciplines. USA: IIIT 1989), dan Issue in Islam and Science, Tehran: Institute for Humanities and Cultural Studies 2004 dan The Holy Qur’an and the Sciences of Nature: A Theological Reflection, N.York: Global Scholarly Pub. 2003. (Dua buah yang pertama itu diterjemah ke dalam bahasa Melayu Indonesia).

 

 

 

Bucailleisme/I’jazissme

al-Naggar (professor Geologi, Ph.D Univ. Wales ) 2007: “Min Ayaht al-‘Ijaz al-‘Ilmy/scientifically Miraculous Cosmic Verses ..  . Yang “bagusnya”, ada pernyataan dan bukti ayaht al-Qur’aan yg dipaparkannya yang menunjukkan bumi dicipta lebih awal drp objek samawi lain di alam semesta ini (2:29, 41:9-12). Tidak disedarinya, ini bertentangan dengan TDB yang disokongnya dengan ayaht-ayaht al-Qur’aan juga (Guessoum 2009/2011)

al-Taftanazi (Ph.D?) 2006: al-I’jaz al-Quraniy …/Qur’anic I’jaz berpendapat yang serupa (41:9-12). Sama dgn al-Nagar (Guessoum 2009/2011)

World Muslim League : Commision for Scientific Miracles of the Qur’an and Sunnah . Banyak buah buku sudah diterbitkan ; al-Naggar dapat anugerah khas dari institusi ini (Guessoum 2009/2011)

Guessoum (2009/2011) sebagai seorang yang anti-Bucailleisme/i‘jazisme banyak memberi maklumat nama-nama Buccaileis/i‘jazis dari dunia Arab (yang tidak dikenali di dunia Pascabima umpamanya) seperti Kamal Ben Salem dng makalahnya “A new method for estimating the ages of the earth and the universe” ,dan Ibrahim B. Syed dng makalhnya, “The grand unification theory (GUT): its prediction in al-Qur’an”. Beliau menyatakan kegiatan ini bermula zaman kesedaran Islam pertama abad ke-19 oleh Sir Syed Ahmad Khan, Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh (diberi paparan buktinya). Beliau juga menyebut adanya sarjana (diberi contohnya al-Taftanzani di atas) mengatakan kegiatan ini dimulai oleh Fakhruddin al-Razi lagi, yang boleh dianggap satu kesilapan al-Taftanzani untuk menegakkan pendekatannya sahaja. Beliau juga memetik pandangan seorang iIlamologis bernama Wielandt, bahawa pendekatan ini dilakukan dimulai oleh Muhammad al-Iskandarani sekitara 1880 dalam bidang perubatan, diikuti oleh Tantawi Jawhari 1923 yg menghasilkan ensiklopedia subjek sains di dalam al-Qur’aan yang dipadankan dengan sains semasa.  Namun Guessoum telah melampau analisisnya hingga ke zaman Tamadun Islam yang dianggapnya beraliran ini dengan nama yang disebutnya al-Jahiz (781-869 M), Ibn Hazm (994-1064 M), al-Ghazali (1058-1111 M) (selain drp al-Razi yg disebut diatas) semata-mata kerana mereka ini menggunakan al-Qur’aan bagi menyokong ilmunya, sedang ilmu itu asli ciptaan mereka ini dan beroleh ilham drp ayaht-ayaht al-Qur’aan itu, suatu kegiatan sains Islam yang sesungguhnya, bukan Buccaileisme/i jazisme.

 

Harun Yahya?, “Quantum Physics and the discovery of devine wisdom” (internet): menekankan tabii bukan kebendaan bagi MQ. Katanya, sains teologi bertemu pada TQ yang disahkan kebenarannya dengan ayaht al-Qur’aan Q20:98. Karangan ini hanya memetik Schroeder G. 2001. The Hidden Face of God. Science Reveals the Ultimate Truth. N.York: Touchstone.

Dalam bukunya 2001, Timelessness and the reality of Fate, New Delhi: Goodwords Books, (diterjemah ke dlm bahasa Melayu 2004, “Keabadian Masa dan Hakikat Takdir, K.Lumpur: Saba Islamic Media), beliau banyak menegakkan kebenaran Islam dengan menggunakan TE-TQ yang salah, belum tentu salah-betulnya, atau yang sudah ketinggalan zaman, di samping membuat dakwaan yang tidak tepat terhadap sikap/pandangan golongan bendawan (kebendaanis/materialis) yang memang memusuhi agama. Beliau mengaggap TDB sebagai yang tidak dipertikaikan oleh ahli kosmologi-kosmogoni-kosmogenesis Barat lagi dan sekaligus (kononnya) serasi dengan Islam dan menempelak golongan bendawan kerana TDB mengimplikasikan alam semesta ini ada permulaannya daripada tiada apa-apa kepada suatu titik tanpa saiz yang berketumpatan tak terpermanai/terhingga yang seterusnya mengimplikasikan adanya Tuhan. Beliau menegaskan yang para bendawan (kononnya) mahu alam semesta yang statik atau bekeadaan mantap. Beliau tidak sedar atau sengaja melupakan “fakta” bahawa semua model alam semesta ini di asaskan pada TE-TQ yang kedua-duanya (terutamanya TE) adalah “bertuhankan” kebendaan dan oleh itu amat dirayakan oleh  golongan bendawan sejak mula munculnya TE lagi. Beliau juga memetik kata-kata Hawking 1987 di dalam buku masyhurnya The Brief History of Time (tentang “penalaan halus” pemalar fizik yang boleh diumpamakan bak “telur dihujung tanduk”) sebagai ahli sains besar yang (kononnya) menyokong adanya pencipta/Tuhan mewujudkan alam semesta ini dengan mengabaikan kata-kata Hawking di dalam buku yang sama yang lebih masyhur lagi tentang tidak berfungsinya Tuhan dalam penciptaan alam semesta ini, kalaupun Tuhan ada, kerana model alam semestanya memastikan tiadanya permulaan alam ini (alam semestanya ruang-masa yang tiada sempadan bak permukaan sfera, atau yang diistilahkannya “alam semesta tertutup”). Alam semestanya itu juga memang dirayakan kerana berjaya meniadakan keperluan ketumpatan tak terpermanai pada permulaan DB itu, suatu tahap ketumpatan permulaan alam semesta ini yang amat tidak dipersetujui oleh seseorang ahli sains walau apapun hujahnya termasuklah seperti yang cuba dirasionalkan oleh Harun Yahya itu. Di dalam buku ini juga Harun Yahaya begitu kuat berhujah tentang penipuan Teori Evolusi dan bertentangan teori ini dengan ajaran Islam tetapi begitu kuat percaya dan menyokong hujah-hujah sesetengah sarjana Barat terhadap kebenaran TDB yang berlaku selama sekitar 5 serijuta tahun (Evolusi kejasmanian) sebelum munculnya ameba untuk berlakunya Teori Evolusi hayat itu. Harun yahya juga mengupas TE yang menumpukan kepada implikasinya terhadap kenisbian masa. Beliau cuba merasionalkannya dengan menekankan pandangan seorang penulis popular teori ini yang bernama Barnet yang menganggap masa dan ruang sebagai bergantung intuisi dan persepsi sama seperti warna, bentuk atau saiz. Ini kurang tepat kerana kelambatan masa dan pengecilan saiz di dalam TE adalah objektif (yang subjektifnya ialah andaian asas TE). Beliau juga membuat kesilapan bahawa kelambatan masa di dalam Teori Kenisbian Umum Einstein bergantung pada “kelajuan objek dan jaraknya dari pusat graviti”. Dalam TE tiada konsep graviti! Yang melambatkan masa ialah kelengkungan ruang-masa alam semesta yang dipertimbangkan. Keterangannya tentang sifat masa dalam TE yang hendak dipadankan dengan konsep takdir juga meleset. Benar takdir bermakna masa kelak, lani dan telah sudah diketahui oleh Tuhan sebagai satu detik/titik sahaja dan ini tidak begitu sesuai membandingkannya dengan pemendekan masa di dalam TE kerana bukan sahaja dlm TE tidak pernah seluruh masa menjadi satu detik (satu titik dalam ruang-masa) yang sebenarnya di dalam TE masa hilang sama sekali, tidak dapat dibezakan dengan ruang!

Harun Yahya 2000, “Allah is Known through Reason”, New Delhi: Goodwork Book menggunakan teori  atom lama (teori atom Rutherford , teori atom sebelum 1925), elektron mengelilingi nukleus seperti palnet mengelilingi matahari, untuk dijadikan bukti kebesaran Ilahi.

Kosmologi-Kosmogoni-Kosmogenesis yang diperisa-i TQ (Penrose 2004 kata spekulasi): Sentiasa mendapat sambutan positif dengan disesuaikan dengan al-Qura’aan oleh sarjana/pseudosarjana/penulis popular Muslim (Bucailleis/I‘jazis) yang disenaraikan dan dikritik oleh Guessoum 2009: Chap 6. Pengarang dan karya yang disenarai oleh Guessoum ialah:

al-Ghury, Ibrahim Hilmy 2002. Astronomical Sciences in the Holy Qur’an. Tiada maklumat

al-Hilly, Mohammed-Ali Hassan  2006. The Universe and the Holy Qur’an. Beirut: Dar al-Kotob al-Ilmiyah

al-Mujahid, Muhammad bin Ali 2001. How Creation was Started. Tiada maklumat

al-Mumin, A.Abdelamir 2006. Al-Kawn, al-Dhabratun Turathiyyah wa Mu‘asirah (The Universe, A Traditionsal and Modern Look.). Beirut: Dar al-Hujja al-Bayda. Ada memadan Q 32:5, 21:30, 41:11 dengan kelahiran alam semesta di dalam kosmologi quantum tajaan Hawking , A Brief History of Time.

al-Naimy, Hamid M. 2000. Al-Kawn wa Asraruh fi Ayat al-Qur’an al-Kareem (The Universe and Its Secrets in the Holy Qur’an.). Amman, Jordan: Maktabat al-Ra ‘id al- ‘ilmiyya.  Penulis ini beroleh D.Fal dlm Astronomi dari Univ. of Manchester, mantan Pengerusi Inst.  Astronomi dan Sains Angkasa , al-Bayt Univ., Jordan & Pengarah Pusat Penyelidikan Astronomi dan sains Angkasa di Iraq.  Beliau memetik Q 36:82 untuk memadankan foton, boson, gluon, graviton dan U (belum diketahui); Q 27:40 (cerita Nabi Sulaiman dan kerajaan  Maharani Balqis/Sheeba) untuk memadankan TE (tentang Teleportasi) tetapi tidak disebut TQ

Husaini, S.Waqar Ahmed 1999 (Snt ke-3). The Qur’an for Astronomy and Earth Exploration from Space. Goodword books 2002.

Khudr, Abdulrahman 1983. Man in the Universe, in the Qur’an, and in Science. Saudi Arabia: Saudi Pub. House

Taleb, Hichem 2006. The Structure of the Universe and the Destiny of Man – A Critique of the Big Bang Theory; Amazing Facts in the Cosmic and Religious Sciences. Memadankan TDB dng Q 21:30

Secara amnya, Muslim Buccaileis/i‘jazis sentiasa menegakkan kebenarannya menerusi sains yang salah (yang dianggapnya benar atau tidak diketahui salahnya): sains yang berkesimpulan adanya permulaan alam semesta menerusi Deguman Besar (DB) itu memerlukan ketumpatan benda tak terhingga yang tidak menyenangkan ahli sains. Lalu Hawking-Hartle mengubah teori itu kepada teori DB yag diubahsuai yang hilang ketumpatan ketakterhinggaan itu tetapi tiada permulaan pula (alam semesta yang tak bersempadan) yang membuatkannya begitu gembira bongkak dengan mengungkapkan kata-katanya yang mengkafirkannya “apalah gunanya pencipta?”, walaupun pada masa yang sama beroleh perkara baru yang menggembirakan Muslim yang terkapai-kapai kelemasan ilmu, iaitu alam semesta bermula drp kosong (tiada apa-apa, ex-nihilo, la syay’in, la ‘adm). Teori Hawking-Hartle (1983, “Wave function of the universe”, Phys. Rev D 28:2960) yang ada diceritakan di dalam buku  Hawking 1987, The Brief History of Time” itu mengandaikan konsep “masa” sebagai nombor kompleks dan setaraf dengan ruang yang menyebabkan hilang makna “masa” sehingga berimplikasi perkara yang bertentangan dengan kehendak Islam.  Teori DB itu sendiri pun sedang dicabar oleh banyak teori alternatifnya.

Faheem Ashraf 2003,”Islamic concept of creation of universe: big bang and science-religion interaction”, Science-Relligion Dialogue 2003 (Internet) mengunakan Q 65:12 untuk menyokong teori banyak alam semesta setelah mentafsirkan samawwat sebagai alam semesta, dan sab‘aht (tujuh) sebagai “banyak”.

Geoffroy E.Y. (muslim, pakar sufi), ??? “Channels of Access to Reality in sufism” (asanya dlm Perancis). ??? Kenyataan/Haqyqaht Terlindung/Terhijab di dalam MQ yang termanifestasi di dalam sifat ketaksetempatan MQ itu sesuai dengan Kenyataan di dalam ajaran sufisme. Goussoum (2009: 340) mengkritik pandangan ini dengan katanya kenyataan di aras yg lebih-dalam di dalm MQ itu tidak tercapai sepenuhnya sedangkan bagi ahli sufi, aras Kenyataan itu tercapai oleh olehnya.

Haq & Elkharam 1998: A Deeper Understanding of Quantum Phenomena”, J.Is. Sc Jan-Dec 1998, 14(1-2): 59-98. Meneriam semua TQ kini dng tafsiran Copenhagen: menerima runtuhan gelombang, pengaruh pencerap dan keinsafan ke atas fungsi gelombang (gambaran kenyataan), ketaksetempatan dan ketiadaan pemboleh ubah tersembunyi semata-mata berasaskan ujikaji dan teori Bell (yang semuanya dipertikaikan oleh mazhab lain TQ). Positifnya, ada tambahan pengIslamannya yang diperoleh daripada Q4:15 & Q24: 4 yang kedua-duanya berkenaan keperluan 4 saksi bagi tuduhan zina yang dijadikannya sebagai takrif kenyataan /realiti/ realitas/haqyqaht objektif di dalam TQ, iaitu perlu ada 4 entiti dengan buktinya yang berikut: ujikaji dwiliang memerlukan sekurang-kurangnya 4 zarah untuk membentuk gapilan drp zarah itu. Jika zarah ini elektron dan kezarahannya dapat dikenali menerusi 4 entitinya: jisim, cas, pememejam/spin dan bilangan lepton. Zarah-gelombang dipadankan dengan titik dan 4 titik yang membentuk segi empat tepat; runtuhan gelombang dipadankan dari 4 titik (bucu segi empat tepat) kpd titik. Namun begitu direka-reka dan dibuat-buat sahaja nampaknya.

 

O’Barret 2004/2005, “Quantum islam: does physics confirm the Quranic worldview?” Al-Jumuah 16/11: 48-50s (dilaporkan di dlm Guessoum 2009/2011:41): Beliau begitu terpesona dng MQ dengan mengatakan “perihalan quantum tentang Kenyataan/Realiti/Realitas/ Haqyqaht mengakhiri zaman bendawanisme (kebendaanisme/materialisme), kerana perihalan itu memerlukan kewujudan akal budi (minda) bukan kejasmanian di belakang otak kejasmanian”, dan beliau pun mengecami benda yang bukan kejasmanian itu sebagai ruh, istilah Islam untuk spirit dlm bahasa Inggeris. Baginya  ruh inilah yang bertanggungjawab melakukan pelbagai pilihan antara kenyataan quantum yang pelbagai kemungkinannya itu. Keduanya, O’Barret mendokong sepenuh hatinya semacam mazhab/tafsiran MQ “alam semesta selari” tajaan Everette (tetapi disesuaikan dengan kejadian alam semesta oleh Leggett, pemenang Hadiah Nobel dalam keadibendaliran dan Tegmark) yang padanya sesuai dengan konsep alam al-ghayb dan rabb al-‘aalamyyn (Tuhan banyak alam; ‘aalamyn itu jamak kpd ‘alam) di dalam al-Qur’aan.

 

Keajaiban/karamaht/mu’jizat/Mirakel : Kristian anggap keajaiban dengan seriusnya sehingga Kristian Katolik ada jawatankuasa khas di pebagai peringkat bagi menentukan ajaib-tidaknya sesuatu peristiwa. Umpamanya (mengikut Goussoum 2009)  jawatankuasa di Lourdes (tempat yang selalu ada keajaiban, di Perancis) ada menimbangkan, sehingga 2008?, 7 ribu keajaiban dan diperakukan sedemikian hanya 67 kes dlm masa 150 tahun ini. Agamawan Kristian menganggap keajaiban/mirakel boleh diterangkan dengan teori kacau-bilau/kekalutan atau TQ (ketakpastian TQ). Islam tak mengiktiraf muktizat lagi selepas Nabi Muhammad. Yg ada ialah keramat/karamaht para wali. Golshani 2003, “The Holy Qur’an and the Sciences of Nature: A Theological Reflection”, N.York: Global Scholarly Pub. menganggap tiada keajaiban kerana perkara itu berlaku disebabkan kita masih belum mengetahui sainsnya lagi.

 

Tindakan/Campur Tangan Kudus: Ketakpastian di dlm QM, runtuhan gelombang,  dianggap oleh sarjana Kristian sebagai “unjuran kudus fungsi gelombang quantum ke atas keputusan spesifik pada aras mikroskopik dengan pembesaran tak linear (huru-hara)” (Goussoum 2009)

 

 

Penilaian TQ yang agak kritis:

Chittick W. 2007 (Muslim dan seorang ahli falsafah yang sealiran  dng Nasr), Science of the Cosmos, Science of the Soul: The Pertinence of Islamic Cosmology in the Modern World “, Oxford, UK: Oneworld, bependapat kosmologi-kosmogoni-kpsmogenesis moden/Barat perlu ditapis menerusi kebudayaan sendiri/tradisi Islam dengan menekankan betapanya gol Muslim dan tradisi intelektual lainnya “mengiktiraf peranan mitos yang wajar di dalam kefahaman manusia dan , jika perlu, membongkarkan kembali wacana mitos” ; dan beliau memberi contoh perkara ini tentang bagaimana Ibn ‘Arabi memerihalkan mitos dan taakulan sebagai “dua mata” persepsi Kenyataan manusia. (“Guessoum 2009: 210)

Hamza, Abdelhaq M. ???”A reflection on quantum mechanics: an Islamic perspectives?” (???) Percaya kpd tentuisme (tahqyq) dan kepastian (yaqyn) . Metafizik sentiasa berketentuan. TQ adalah teori sementara sahaja. Goussoum (2009:340) menyatakan tidak bersetujunya terhadap pandangan ini.

Guessoum 2009: Tidak menemui integrasi prinsip QM kpd kepercayaan Islam yang meyakinkannya. Beliau hanya menemui serbat/koktel mistikisme sufi yg didahakan/ dibahanapikan MQ kpd pentafsiran semula metafizik QM. Beliau mengkritik hebat Bucailleisme atau yang diistilahkannya sebagai pendekatan i’jaz atau yang penulis ini mengistilahkannya sebagai i‘jazisme (dan orangnya sebagai i’jazis). Beliau penyokong kuat Teori Evolusi (TEv) malah buku beliau ini semacam bertujuan menegakkan TEv. Tidak hairanlah juga beliau menampakkan sokongan yang kuat kepada “pengIslaman ilmu” tajaan Golshani yang memang terkenal dengan pendirian yang kuat mempertahankan apa sahaja matan sains moden (termasuklah TEv) tetapi dengan memberi rasional dan tafsiran keagamaan (Islam)  terhadapnya, dan beliau menamakan sains sebegini sebagai sains teis /theistic science sahaja. Perbezaannya dengan Buccailleisme/i‘jazisme hanyalah penggunaan aqal/kerasionalan yang tinggi bukan semata-mata bergantung kepada padanan dengan ayaht al-Qur’aan sahaja.  Bahkan Guessoum mengesyorkan atur cara pengIslaman sainsnya sebagai yang berperisa falsafah sains Golshani ini, iaitu menerbitkan sains teis (tafsiran Islam sahaja). Saranan judul-judul pengIslaman sains beliau juga tidak ekpada isu asasi , khususnya yang berhubung dengan TQ beliau mengesyorkan supaya berwacana tentang i’jaz (iaitu Buccaileisme) , landasan metafizik sains moden khususnya bedawanisme/materialism dan tabiisme/nutaralisme. Beliau mahu kaedahnya bukan cara Nasr, al-Faruqi atau Sardar  kerana katanya yang dua pertama itu sudah menemui jalan buntu dan ketiga itu sudah habis stim dan dilintasi oleh kemajuan sains kini. Pandangan beliau ini pelik dan salah. Lebih pelik lagi beliau mengajak sarjan Muslim melihat persoalan ini menerusi kerangka kerja pendidikan; sedangkan dalam soal pendidikan beliau mengesyorkan supaya diwajibkan mata pelajaran “sejarah dan falsafah sains Islam” dengan lebih betul drp sekarang yang katanya kini beremosi dan tidak tepat dan mencipta mitos untuk menjadi Muslim berasa sedap dengan warisan ilmunya, lalu diberi contohnya tentang teori Coppernicus, Kepler dan Tycho Brahe  yang ditegaskannya bukan drp Tamadun Islam.  Sesuai dengan pendiriannya terahadap Teori Evolusi rasanya, beliau mahu Muslim mengandaikan Islam perlu berubah mengikut masa supaya tidak bertembung atau ditinggalkan oleh ilmu pengetahuan moden. Dalam hal ini beliau mengatakan Sardar juga berselairan dengannya semata-mata kerana Sardar bercakap perlunya dihidupkan ijtihad (suatu andaian Sardar yang kurang tepat mengandaikan Islam kini menutup ijtihad). Beliu juga mengajak sarjana Muslim menyelsaikan masalah keajaiban/karamaht/mirakel, tindakan kudus, tabii masa, Haqyqaht penciptaan, sains dan sembahyang/solaht dll.  yang semuanya , kecuali tabii masa, bukan isu asasi dalam “sains Islam” pun. Beliau juga mengharapkan sarjana Muslim bekerja sama dengan institusi Barat yang menangani isu agama dengan sains seperti yang disebunya, John Tempelton Foundation di AS  kerana beliau percaya ini jalan yang betul bagi masa depan sains dan Islam pada masa hadapan Muslim bukan dengan cara yang lepas (maksudnya Nasr, Faruqi, Sardar dll.) itu. Belaiu begitu tertarik dengan kegiatan 12 orang sarjana Muslim dari Perancis, Kanada dan Amiriyah Arab Bersatu (6 drpnya fizikawan, seorang matematikawan, seorang ahli sosiologi, dua orang ahli falsafah dan dua orang pakar sufisme) yang ditaja oleh John Tempelton Foundation itu untuk menerbitkan kajian mereka berjudul antara lainnya “penyatuan prinsip Islam (tawhid) dengan fizik moden (TerSaGa/GUT, “TSS/TOE)”; “Islam, Mekanik Quantum dan tabii Haqyqaht”; “Islam, reka bentuk dan prinsip antropik”; dan “Islam dan had ilmu (Godel)”. Malangnya judul-judul seperti ini tidak mungkin mengubah matan /paradigm TQ , walaupun pendekatan mereka bukan Buccaileisme/i‘jazisme sekalipun.

 

Tidak perlunya penilain sains menerusi Islam

Abdus Salam (Ideals & Realities 1987) & Hoodbhoy (Islam & Science 1991): sains neutral dan semesta. Tiada pandangan Islam/kebudayaan lain lagi terhadap sains moden ini khasnya TQ.

Tanggapan/Sambutan Muslim di Pascabima

Karya terjemahan yang ada “sains Islam” terawal:

Nasr. 1992. Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam. DBP. Terj. Karya asalnya, An  Introduction to Islamic Cosmological Doctrine yg terbitan pertamanya 1964; Rev Ed. 1993. terbitan Albany State Univ. of N.York

——–.1986. Sains dan Peradaban di dalam Islam. Bandung: Penerbit Pustaka. Terj. karya asalnya 1968, Science and Civilisation in Islam, Harvard Univ. Press;   2nd ed. 1987, Cambridge, UK:  Islamic Texts Soc.

Al-Attas S.M.N. 1981. Islam dan Sekularisme. Al-Mizan, Bandung terj. kpd Islam and Secularism 1978

——————. 1989. Islam dan Falsafah Sains. Al-Mizan. Terj. Kpd versi Inggerisnya, Islam and the Philosophy of Science, 1989. K.Lumpur. ISTAC

al-Faruqi I.R. 1991. PengIslaman Ilmu. DBP 1991 dan lebih awal lagi terj. Melayu Indonesia, “Islamisasi Ilmu pengetahuan”, Bandung: Penerbit Pustaka, 1984. Karya asalnya Islamization of Knowledge, terbitan IIIT 1982.

Golshani M. 2003.  Filsafat Sains Menurut Al-Quran. Mizan Pustaka (Terj. kpd karya asalnya, “Philosophy of Science from the Qura’nic Perspective”.Dlm. Abu Sulaiman (Pnyut). Towards Islamisation of  Disciplines. USA: IIIT 1989)

—————. 2004. Melacak Jejak Tuhan dalam Sains: Tafsir Islam atas Sains. Mizan  Pustaka (Terj.) karya asalnya “Issue in Islam and Science”, Tehran: Institute for Humanities and Cultural Studies 2004.

Beberapa buah buku Sardar (sekurang-kurangnya 10  judul yg disenaraikan di atas) tetapi yang mengandungi kaedah pengIslaman Ijmali ialah

Sardar Z.  1991. Sentuhan Midas: Sains, Nilai dan Persekitaran menurut Islam dan Barat”, DBP. Terj. buku asalnya, “The Touch of Midas: Values and Enviroment according to Islam and the West” 1984.

 

Karya penentang “pengIslaman sains” /”sains Islam” yang dirayakan oleh majoriti ahli sains di Pascabima:

Hoodbhoy P. 1991/1996. Ikhtiar Menegakkan Rasionalitas : Antara Sains dan Ortodoksi Islam. Bandung: Mizan 1996 . Terj. Buku asalnya Islam and Science. Religious Orthodoxy and the Battle for Rationality; foreword by Mohammed Abdus Salam. London; Atlantic Highlands, N.J. : Zed Books, 1991; diterbitkan juga kemudiannya di K.Lumpur: S.Abdul Majeed & Co. 1992.

Muncul banyak Bucailleis/I’jazis asli Pascabima:

Yang Sudah disebut dlm Kritikan TE-TQ: Achmad Baiquni, Danial Zainal Abidin, Malim Ghozali,  Sulaiman Nordin, Wardhana

Menarik juga dicatatkan di sini, buku Malim Ghozali , “Kebenaran Mutlak, Memahami Kesempurnaan” 2006 itu dianggap karya agung bahasa Melayu oleh ITN sehingga diterjemahkannya pada 2010 dng judul “Understanding Perfection: Profound Truth” . Buku ini sebenarnya sudahpun diterjemah /versi Inggeris katanya oleh pengarang asal pada tahun 2006 itu dng judul “Profound Truth: Understanding Perfection”! HEBAT! Cubalah sdr. Semak. dan kalau betul patut diwar-warkan.

 

Yang tidak disebut dlm buku Kritikan TE-TQ:

Arip Kosmo. 2007. Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran. Penerbitan Awan Biru, Pusat Perniagaan Senawang, Seremban. Ada satu bab tentang kosmologi yang dianggap semuanya ada di dlm al-Qur’aan

Wardhana. Einstein Mencari Tuhan, Yogyakarta: Pustaka fajar 2008. Banyak mengulangi kesilapan “fakta” (di samping ditambah yg baru lagi seperti dikatakan Einstein yang menquantumkan tenaga E = hf ; dan Einstein terlibat terus dengan TDB) dalam buku pertamanya, Melacak Teori Einstein dalam  al-Qur’an yg dirujuk di dlm Kritikan TE-TQ dan diulas oleh Shaharir di dalam Jawhar Feb/Mac 2007, 4(1): 17-30; walaupun beliau kini sudah menyatakan dalam satu bab bahawa Einstein mencipta agama sendiri (yang dahulu tidak demikian) . Beliau, seperti penulis Bucailleis lain, memadankan TDB dng ayaht di dalam al-Qur’aan. Namun beliau banyak membangkang pandangan Einstein, Hawking dan Weinberg tentang peranan/tidak perlunya Tuhan seolah-olah sikap sarjana ini tida kena mengena dengan teori mereka pula. Buku beliau yg satu lagi , “Al-Qur’an dan Energi Nuklir” Yogyakarta: Pustaka Pelajar 2004, rasanya hamper pasti beraliran Bucailleisme juga.

Purwonto, Agus 2008: Ayat-ayat Semesta” ada memaparkan teori jirim zaman tamadun Islam, jawhdar dan ‘aradh, tiada pertentangan dengan teori atom kini. Beliau juga banyak merapu dalam mencungkil unsur-unsur sains daripada al-Qur’aan menerusi cara mistik nomborologi (kekerapan sesuatu perkataan di dalam al-Qur’aan yang “menakjubkan” yang kononnya membuktikan benarnya sesuatu unsur sains moden yang dipilihnya). Anehnya, bab-bab awal buku ini menjelaskan konsep “sains Islam” yang cukup bagus, sealiran dengan yang diperjuangkan oleh ideolog “pengIslaman ilmu” sejati (Nasr, al-Faruqi, al-Attas, Ijmalis, MAAS dan ASASI); dan dipaparkannya contoh penghayatan konsep “sains Islam” beliau itu untuk bidang bukan fizik teori (bidang pengkhususannya fizik nukleus). Ini semacam kes “kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tidak nampak”!

 

Muncul pencita Bucailleisme dengan terjemahan karya Bucailleis/I’jazis sahaja:

Harun Yahya (terbitan Saba Islamic Media), Keabadian Masa dan Hakikat Takdir 2004; dan 2 buah buku lagi yg disebut di dlm buku Kritikan TE-TQ

Yusuf al-Haj Ahmad. 2009. (Terj.) Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam al-Quran & Sunnah. K.Lumpur Al-Hidayah. Asalnya dlm bahasa Arab, al-I‘jaz al-‘Ilmy. Ada beberapa bab berkenaan dengan kosmologi-kosmogoni-kosmogenesis yang amat tidak kritis kpd ilmu kontemporer dan sering pula ketinggalan zaman (seperti memadan elektron mengelilingi nukleus dengan al-Quran).

Al Abdali F.A. Al-S N. (terj.). 2008. Sains dari Perspektif Kitab Samawi. ITN. Asalnya drp bahasa Arab, Nazrah ‘Ilmiyah li al-Kutub al-Samamiyyah. Nampaknya ITN sudah mendokong Bucailleisme. Ini blurba buku ini:

“Buku ini memaparkan hasil kajian penulis mengenai kaitan antara al-Quran dengan penemuan sains sejak dahulu hingga kini. Ia antara lain membuktikan bahawa kebanyakan penyelidikan cendekiawan Barat sudah termaktub di dalam al-Quran. Buku ini mengetengahkan kajian ke atas ayat suci al-Quran berdasarkan teori sains yang kemudiannya dikupas berasaskan pelbagai penemuan sains. Selain membuktikan kebenaran al-Quran sebagai mukjizat sepanjang zaman, buku ini turut memperlihatkan betapa hukum sains selari dengan al-Quran dan tidak mungkin akan wujud sebarang percanggahan.”

 

Buku terjemahan yang tak normal :

Wardani DH. Rahsia Penciptaan Dari ‘Arasy ke Bumi, Jil. 1 dan 2. Jasmin Enterprise 2007. Asalnya bahasa Arab Qishshaht al-Khalaq. Dlm jilid 1 : 206-242 ada dibicarakan dengan paqnjang lebarnya sebab-sebab TDB bertentangan dengan Islam (berasaskan al-Qur’aan dan hadis). Di samping itu satu bab dibicarakan unsur-unsur astronomi yang bertentangan dengan teori Galileo, Kopernigk/Copernicus dan Newton. Dlm jilid 2 ada  tentang astronomi dan kosmologi. Membangkang keras beberapa “fakta” kontemporer tetapi tiada kpd TE-TQ secara bulat-bulatnya. Yg ada ada ialah kritikan graviti Newton, “fakta” penciptaan Bumi,  bilangan planet, galaksi/bintang temabor, bintang, jarak antara planet/bintang, langit yang berselisih, malah ada yang bertentangan dengan “fakta” kontemporer” yang dikritiknya/dirasionalkannya. Contohnya: bintang bukan matahari, matahari bergerak, bumi tidak bergerak, bumi bukannya planet. Beliau menggelar Galileo, Newton dan Einstein sebagai “Perajurit Iblis”. Beliau menghukum orang yg percaya kepada teori graviti sebagai syirik; dan  mukmin tidak “seharusnya” percaya kpd TE. Tiada sekali pun di sebut TQ atau teori atom. Ada banyak juga kesilapannya memetik “fakta” kontemporer seperti bilangan pelbagai jenis jasad di langit kini. Apa pun buku ini patut ditelaah dengan teliti dan dibedah-siasat.

Kritikan khas kpd Bucailleis/I’jazis:

Shaharir b.M.Z. 2010. Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin . Jurnal Peradaban 3:99-124

 

Karya kritikan TQ (selain drp buku yg diwacanakan, Kritikan TE-TQ):

Shaharir b.M.Z. 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Snt. Kedua. UKM. Snt keduanya 2000.

——————. 2003. Some specific methodologies of relating mathematical  sciences and Islam  J.Is. Sc. 19 (1-2):111-126

———————-. 2004. Perjuangan menegakkan sistem nilai Islam dalam pembinaan teori fizik. Majalah Fizik, Sains & Idea 4 : 18-27

——————–. Beberapa judul dalam fizik matematik: perspektif acuan sendiri. Kesturi 17(1&2): 53-86

——————–. 2007. Teori Deguman Besar dan Teori Alam Semesta Mengembang: Sebuah Sorotan Penilaian Baru Mengikut Perspektif Barat dan Islam.  Wacana ASASI ke-2, 12  Julai 2007

 

Tinjauan Menarik

Guessoum (2009: 217, 273-274) melaporkan tinjauan 1997 di AS (terbit dlm Lampman J., The Christian Time Monitor, July 9, 1998):

Kepercayaan kpd Tuhan:

40% ahli sains AS percaya kpd Tuhan, tetapi tidak pula dinyatakan bertaraf sebagai Tuhan peribadi sahaja atau sebagai  pencipta dan penentu segalanya ( Rabbil ‘aalamyyn); atau sekular.

Teori Evolusi/Darwin:

Beliau sendiri (penyokong kuat Teori Darwin) membuat tinjaun  ke atas 100 org pelajar dan 100 ahli fakultinya di American University di Jordan: 62 % tak percaya teori Darwin.

Di AS tinjauan beberapa kali sepanjang 15 tahun yang lepas mendapati sekitar 50% orang awam tidak percaya teori Darwin; tetapi tinjauan 1991 di kalangan lepasan Kolej hanya 25 % menolak Evolusi; tinjauan 1997 di kalangan ahli sains AS hanya 5% menolak Evolusi, tetapi di kalangan orang awam  55% menolak Evolusi. Tinjauan 2007 , 74% drp pascasiswazah  percaya Evolusi  . Tijauan 2005 di kalangan doktor perubatan AS, 34% menolak Evolusi /menerima RBP, tetapi 73% doktor perubatan Muslim menolak Evolusi/menerima RBP.

 

Keajaiban/Keramat/Karamaht/Mirakel:

Tinjauan 2004 di kalangan doktor perubatan AS  (1100 org) mendapati 74 % percaya kepada keajaiban. Di kalangan profesor Muslim, 66% percaya kpd keajaiban; tetapi profesor bukan Muslim 25% percaya kpd keajaiban.

Patut buat tinjauan di Malaysia. Soalan perlu secara halus….. Yang menarik dikatahui % ahli sains sekular (dijangka lebih drp 90%) ; percaya kpd Evolusi (dijangka lebih drp 50%), keajaiban dijangka lebih drp 80%.

 

Tindakan Lani dan Kelak? :

Wujudkan kumpulan TE-TQ  yang terus menerus mentelaah karya-karya penilaian kritis di dalam bidang ini sehingga membawa kepada kefahaman mendalam akan kewajaran Barat membuka “kedai-kedai baru” menjual produk-produk baru seperti yang paling terkenal kini Teori Tetali dan lain-lain itu yang disebut di dalam wacana yang lepas. Kegiatan pelengkapnya:

1. Mentelaah buku-buku “pelik” seperti buku Wardani (buku terjemahan yang tidak normal itu)

2. Buat tinjauan sosial tentang sistem nilai pelajar sains di universiti dan ahli sains dari masa ke masa dan menghebahkannya kpd masyarakat umum.

3. Bertindak sebagai penggiat/aktifis sosial dalam isu pendidikan dan pengembangan/ pembangunan sains di Malaysia yang ditujukan kepada kerajaan dan institusi berkenaan seperti universiti , institut penyelidikan, DBP , ITNM dan sebagainya.

4. Melakukan terjemahan karya-karya agung TE dan TQ.

 

 

 

Rujukan yang ditelaah untuk karangan ini:

Ashraf F. 2003. Islamic concept of creation of universe: big bang and science-religion interaction. Science-Relligion Dialogue 2003 (Internet)

Guessoum N. 2009/2011. Islam’s Quantum Question. Reconciling Muslim Traditrion and Modern Science.I.B. London: Tauris.

Haq & Elkharam 1998. A Deeper Understanding of Quantum Phenomena. J.Is. Sc Jan-Dec 1998, 14(1-2): 59-98

Harun Y. t.t. Quantum Physics and the discovery of devine wisdom (internet)

———-.2001/2004. Timelessness and the reality of Fate, New Delhi: Goodwords Books, (diterjemah ke dlm bahasa Melayu 2004, Keabadian Masa dan Hakikat Takdir, K.Lumpur: Saba Islamic Media)

———-. 2000. Allah is Known through Reason. New Delhi: Goodwork Book

 

Nasr S.H. 1997. Perennial ontology and quantum mechanics. A Rev Essay of Wolfgang Smith’s The Quantum Enigma-Finding the Hidden Key, Peru (Illinois), Sherwood Sagden & Co. 1995. J.Is. Sc 13(1-2): 37-52

———-. 1998. Islamic cosmology – some of its basic tenets and implications: yesterday and today . J. Is. Sc 14(1-2): 99-114

———-. 2006. The question of cosmogenesis – the cosmos as the subject of scientific studies, Islam & Science 4: 43

Purwanto A. 2008. Ayat-Ayat Semesta: Sisi-Sisi Al Quran yang Terlupakan. Bandung: Mizan

Wardani DH. 2007 (Terj.).  Rahsia Penciptaan Dari ‘Arasy ke Bumi, Jil. 1 dan 2. Jasmin Enterprise. Asalnya bahasa Arab Qishshaht al-Khalaq

TAMAT

 

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *