Kemaskini terbaru: September 28, 2012

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KE ARAH REFORMASI DALAM UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA*

KE ARAH REFORMASI DALAM UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA*

Shaharir b.M.Z.

Pusat Dialog Peradaban

Universiti Malaya

riramzain@yahoo.com

 

 

0. Pendahuluan

Isu utama dalam universiti di Malaysia ialah yang berlegar sekitar keautonomian dan kecemerlangan universiti. Kedua-dua isu ini memang ada tindanannya tetapi dibicarakan berasingan. Keautonomian  termasuklah perihal penetuan pemimpin universiti disegenap stratumnya, penubuhan bidang ilmu dan penawaran kursusnya, kaedah penyampaian ilmu, pengambilan pekerja/karyawan,  kaedah penilaian prestasi kerja dan kenaikan pangkat. Kecemerlangan termasuklah status kecendekiawanan, kepengkritisan, kepenginovasian dan kepengaryaan pelajar dan tenaga pengajarnya,  kemerdekaan minda sarjananya, dan  budaya penyelidikan sarjananya. Semua ini dibicarakan secara berasingan dan pada akhir makalah ini sebuah senarai syor ke arah reformasi universiti awam kita diutarakan.

 

1. Keautonomian Universiti

Universiti awam amat rendah tahap autonominya, sehingga sukar untuk menegakkan adanya autonomi di universiti bukan sahaja segi pentadbiran am tetapi juga pentadbiran akademiknya. Segala-galanya berpunca drp wujudnya pengaruh politik yang tebal dan menebal dalam segala aspek perjalanan sesebuah universiti.  Universiti awam yang berada di negeri-negeri yang semakin jauh daripada Pusat (Putra Jaya) semakin kuat pengaruh politik ke atasnya sehingga politik sekeliling kampus universiti itu pun mempengaruhi perjalanan universiti tersebut. <seterusnya>

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *