Kemaskini terbaru: November 22, 2012

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Matematik Formal Sepintas Lalu

Matematik Formal Sepintas Lalu
Muhammad Ikhwan Azlan
ikhwane02a@yahoo.co.uk

1 Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan matematik formal? Secara ringkas, matematik formal ialah pengungkapan pernyataan matematik dengan menggunakan ungkapan yang terdapat dalam teori set dan didasari oleh logik boole. Walaupun secara amalinya, matematik yang ada sekarang ini pun tidaklah semuanya diungkapkan secara formal, tetapi ini adalah atas kepercayaan bahawa pemformalan ini boleh dilakukan sekiranya perlu (misalnya jika berlaku perselisihan atas pembuktian satu teorem yang subtle dan rumit). Malah, pemformalan selalunya dianggap tidak perlu memandangkan selalunya ayat biasa berupaya memberi intuisi yang lebih jelas berbanding ayat yang terlalu formal. Walaupun begitu, \jelas” di sini selalunya bermaksud \jelas sesama matematikawan” sedangkan mungkin tidaklah begitu jelas bagi mereka yang tidak biasa dengan cara matematikawan menjelaskan sesuatu perkara. Akhirnya matematik formal inilah yang dianggap sebagai matematik dalam bentuknya yang paling murni, seperti yang dianuti oleh fahaman logikisme dan formalisme.

2 Logik dan Kebenaran

Dalam pembentangan lepas yang bertajuk \Matematik dan Pencarian Kebenaran”, saudara Tau_k telah berterus-terang menyatakan bahawa beliau dengan sengaja tidak menyentuh dengan mendalam makna \ kebenaran” itu sendiri. Namun, akhirnya kita sendiri mendapati bahawa perbincangan yang bermakna tidak dapat dilanjutkan sekiranya kita tidak sekurang-kurangnya menjelaskan sifat kebenaran yang dibicarakan itu. <seterusnya>

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *