Kemaskini terbaru: March 22, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perspektif Jamaluddin al-Afghani Terhadap Sains dan Kemodenan

Landskap pemikiran umat Islam dan dunia Islam dalam sejarah intelektual abad ke 19 Masihi terutamanya pada fasa pertengahan abad itu hingga ke ambang abad ke 20 Masihi ditandai dengan tiga isu utama, iaitu: (i) kemunduran ummah, (ii) cabaran Barat, dan (iii) pembinaan semula ummah yang diistilahkan sebagai “The Islamic Project of the 19th Century”

Selain daripada tiga isu yang menghambat umat Islam tersebut, mulai abad 19 M kebangkitan intelektual Islam telah mencetuskan tiga fenomena perpecahan pemikiran atau ikhtilaf yang lebih kompleks sepertimana dirumuskan Ibrahim M.Abu Rabi’,(1996) dalam adikaryanya “Intellectual Origins of Islamic Resurgence in the Modern Arab World.” Ini tercatat seperti berikut: (i) berpecahbelahnya pandangan semesta Islam (totalistic vision of Islam) yang memperakui bahawa Islam dan pemerintahan tidak boleh dipisahkan, (ii) bangkitnya pelbagai aliran intelektual yang mencabar autoriti institusi ulama`,dan (iii) terbentuknya politik kepartian dan cabang-cabangnya natijah daripada agenda tersembunyi kolonialisme.

Respons Muslim terhadap cabaran kemodenan, khususnya perkembangan sains moden dan jaringan imperialisme Barat telah membentuk dua jaluran paradigma pemikiran Islam, (i) modernisme, dan (ii) tradisionalisme.

Baca lanjut di: Perspektif Jamaluddin al-Afghani Terhadap Sains dan Kemodenan

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *