Kemaskini terbaru: April 17, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru dalam Matematik Fizik

Abstrak

Kertas kerja ini menghuraikan secara ringkas suatu kerangka kerja baru dalam matematik fizik. Ini berakar umbi daripada hubungan hipotetikal di antara konsep heuristik kamiran Feynman dalam fizik dengan keputusan-keputusan matematik yang rapi dan terbit daripada teori sistem-sistem (hierarki) terkamir lengkap (berkepentingan fizikal). Idea ini berlandaskan konjektur Witten (1991) dan model Kontsevich (1992), yang secara teratur membolehkan diformulasi hubungan istimewa itu. Secara asas kaitan ini merujuk kepada suatu fungsi penjana kepada nombor-nombor persilangan pada ruang moduli bagi lengkung-lengkung stabil (atau lengkung-lengkung spin-r) dengan fungsi tau bagi hierarki Korteweg-de Vries (atau Gelfand-Dickey).

Katakunci: Kamiran Feynman, Sistem Terkamir Lengkap, Fungsi Tau.

Baca lengkap di: Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru dalam Matematik Fizik.

Tiada komen

 

----

Nota: Kami ucapkan terima kasih atas semua komen yang diberikan. Dipohon gunakan ejaan yang betul. Elakkan memberi komen yang menyentuh sensitiviti, mengelirukan, atau yang tidak jelas maksudnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *