Kemaskini terbaru: April 27, 2009

Kategori

 

 

  • Arkib

  • Hebahkan

  • Langgan berita

  • Ulasan Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arkib untuk April 2009

Mohammad Alinor Abdul Kadir: Etnomatematik Mencabar Eropusatisme

Kalau menurut John Horgan, dalam The End of Science: Facing The Limits of Knowledge In The Twilight of The Scientific Age hayat sains sudah berakhir. Sains sukar lagi membangunkan pengetahuan-pengetahuan baru. Tapi, tatkala hadhirnya etnomatematik, ternyata, maseh banyak lagi pengetahuan yang sedia dicungkil, lebih-lebih lagi jika kita menghubungkan bidang sains tabii dengan sains sosial. Etnomatematik adalah salah satu bidang yang bercirikan demikian.

[Baca teks penuh...]

Mohammad Alinor Abdul Kadir: Matematik Menembus Aritmetik-Geometri

Kaedah pendidikan terbaik ialah kebelakaan. Namun, tampaknya pendidikan kita dewasa ini tidak lagi menekankan ciri penting ini. Mithalnya, matematik adalah salah satu subjek yang bukan sahaja melibatkan aritmetik dan geometri, tetapi juga melibatkan permainan kefalsafahan. Inilah kebelakaan displin dalam satu subjek.

[Baca teks penuh...]

Beberapa Aspek Teori Kalam dan Kaitannya dengan Kosmologi Moden

Asas agama Islam ialah tauhid dan pengtauhidan terletak ke atas Dzat, sifat, asma’ (nama) dan af’al (perbuatan) Allah. Dzat Allah tidak diketahui begitu pula “Tangan” dan “Wajah” Nya yang harus diterima seperti yang disebut dalam Al_Quran tanpa ditanyakan bagaimana. Sifat , Nama dan perbuatan Allah terlakar dalam semua ciptaannya samada alam semesta ( alam kabir) mahupun dalam diri manusia ( alam saghir).

[Baca teks penuh...]

Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian

Semasa Seminar Pemikiran Fizik Semasa pada 18 April 2009, Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin daripada Institut Penyelidikan Matematik, UPM telah membentangkan ¨Teorem Kochen-Specker: Implikasi, Variasi dan Penyelesaian.¨ Tajuk ini merupakan sorotan beliau terhadap hubung kait antara mekanik kuantum dengan beberapa aspek yang lain, termasuklah logik.

[Baca teks penuh...]

Seminar Perubahan Iklim

Akhirnya, kesedaran seperti ini hanya termazmur dari kefahaman, penghayatan, dan keinsafan. Antara kaedah untuk menanam semua ini adalah menerusi penerokaan ilmu tentang peri pentingnya perubahan. Ilmu seharusnya melahirkan tindakan abadi. Dalam soal perubahan iklim—yang menjadi inspirasi aksi ¨Earth Hour¨—proses penanaman kesedaran ini amatlah mendesak.

[Baca teks penuh...]

Nama, Subset, Logik, Kesegerakan dan Neurologi – Sains Seperti yang Kita Difahamkan

Nama adalah label. Label mengkategorikan1 benda. Dua benda yang mempunyai ciri
berbeza diberi dua nama yang berbeza. Benda-benda yang dipanggil dengan nama yang
sama adalah sama, iaitu ia mempunyai ciri yang sama. Nama mengandungi maklumat
tersirat tentang ciri sesuatu benda. Tersirat dalam nama juga ialah hubungan di antara benda.

[Baca teks penuh...]

Kamiran Feynman dan Sistem Terkamir Lengkap: Suatu Kerangka Kerja Baru dalam Matematik Fizik

Kertas kerja ini menghuraikan secara ringkas suatu kerangka kerja baru dalam matematik fizik. Ini berakar umbi daripada hubungan hipotetikal di antara konsep heuristik kamiran Feynman dalam fizik dengan keputusan-keputusan matematik yang rapi dan terbit daripada teori sistem-sistem (hierarki) terkamir lengkap (berkepentingan fizikal). Idea ini berlandaskan konjektur Witten (1991) dan model Kontsevich (1992).

[Baca teks penuh...]

Topos dan Fizik

Pada awalnya, ada dua bidang besar dalam Matematik yang dipengaruhi dengan kuat oleh topos. Pertamanya bidang Geometri Aljabar, iaitu bidang teras yang ditakrifkan topos padanya. Dikatakan bahawa Grothendieck sekitar tahun 1959 menemukan masalah ketika bekerja menggunakan topologi Zariski, satu-satunya topologi yang berada dalam aneka beraljabar niskala (abstract algebraic variety) atau skema (scheme).

[Baca teks penuh...]

Apa Ada Pada Bahasa Melayu?

Dasar PPSMI yang diperkenalkan dalam tahun 2003 itu ditunjukkan sebagai suatu dasar yang tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam SAKTI seperti negara idaman perancang dasar ini (Negara Maju yang berbahasa Inggeris) apatah lagi negara maju dalam acuan sendiri, bahkan tidak kira berjaya atau pun tidaknya dasar itu yang pastinya dasar itu akan memufliskan bahasa dan kebudayaan Melayu.

[Baca teks penuh...]

Shaharir Mohamad Zain: Etnomatematik Menambah Nilai Pendekatan Matematik

Selain dikenali sebagai pakar dalam fizik kuantum, Shaharir Mohammad Zain yang memperoleh PhD dari La Trobe University ini turut akrab dengan bidang etnomatematik. Bidang ini menuntut kepada cungkilan khazanah berasaskan etnik, dan dalam kajiannya sudah tentu lebih tertumpu kepada Melayu. Justeru, wawancara ini cuba menimbulkan beberapa persoalan yang melibatkan bidang etnomatematik ini.

[Baca teks penuh...]

« Sebelum | Halaman 1